Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM

Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM
link : Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM

Baca juga


Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM



Demikianlah Artikel Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM

Sekianlah artikel Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/ahli-politik-boleh-rasuah-menjelang.html
Dr Mahathir pelik dengan kenyataan SPRM yang mereka tidak akan menyasarkan ahli politik buat masa ini.
Tun-Mahathir1PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak akan bertindak ke atas ahli politik rasuah buat masa ini kerana bimbang operasi mereka digunakan sebagai bahan pilihan raya.
“Jadi ahli politik kalau curi duit tidak mengapa? Cuma orang lain sahaja (dikenakan tindakan) sebab mereka tidak sertai pilihan raya?” soal pengerusi PPBM itu dalam wawancara bersama FMT di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
“Ketua setiausaha dan yang lain tidak boleh mencurilah, ahli politik pula dibolehkan…tetapi mengapa ambil tindakan kepada ahli politik di Johor, tetapi ahli politik di tengah-tengah Kuala Lumpur (perdana menteri) tiada tindakan,” soalnya, dipercayai merujuk kepada tangkapan dan pendakwaan seorang exco Johor berhubung kes urusan tanah baru-baru ini.
“Kalau itu bukan pilih kasih, saya tidak faham apa makna pilih kasih,” kata bekas perdana menteri itu lagi.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata suruhanjaya itu memutuskan untuk tidak bertindak terhadap ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kerana ia mungkin digunakan sebagai bahan kempen, susulan siri tangkapan terhadap penjawat awam kebelakangan ini.
Namun Dzulkifli mengingatkan agar setiap parti memastikan calon mereka “benar-benar bersih” daripada rasuah dan salah guna kuasa.
“Sekiranya tidak dipastikan, maka jangan salahkan SPRM apabila kami datang membuat kunjungan hormat dan mengetuk pintu-pintu anda selepas pilihan raya kelak,” katanya.
“Saya tidak akan membuat kenyataan yang bersifat kosong dan populis…saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja: tunggu,” kata Dzulkifli dalam wawancana Mingguan Malaysia pada Ahad.
Dr Mahathir bagaimanapun kecewa kerana merasakan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin meningkat, walaupun badan itu “direformasikan” menjadi suruhanjaya dengan kuasa yang lebih kuat.
“Jumlah kecurian wang kerajaan sekarang meningkat kepada jutaan ringgit. Pegawai kerajaan curi, wakil rakyat pun curi,” katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: