Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah

Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah
link : Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah

Baca juga


Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah



Demikianlah Artikel Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah

Sekianlah artikel Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin: Nasib 3 exco PAS ditentukan selepas bincang dengan Wan Azizah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/azmin-nasib-3-exco-pas-ditentukan.html
Azmin Ali berkata, tiada krisis di Selangor dan nasib 3 exco PAS itu bukan isu memandangkan mereka mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
azmin-azizahPETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, nasib 3 exco PAS di Selangor akan ditentukan selepas beliau berbincang dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menteri besar Selangor itu mengulangi kenyataannya sebelum ini, tiada krisis di negeri itu dan nasib 3 exco PAS itu bukan isu memandangkan mereka mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
“Ia bukan isu, kita mendapat mandat daripada rakyat dan mandat itu akan kita kembalikan. Tidak ada krisis di Selangor, kita mahu fokus kepada pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Pemuda PKR ke-12 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara memutuskan hubungan dengan PKR, atas alasan pelanggaran syarat oleh PKR serta bantahannya terhadap agenda Islam yang dibawakan PAS.
Susulan itu, 3 exco PAS berdepan desakan pelbagai pihak untuk melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Selangor yang turut disertai PKR dan DAP.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan seperti dinyatakan Azmin.
Selasa lalu, Dr Wan Azizah berkata, kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor akan diputuskan bersama Azmin sekembalinya dari lawatan rasmi ke luar negara.
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dilaporkan berkata, masih ada ruang untuk membincangkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun parti Islam itu sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan PKR.
“Saya harap kita masih boleh membincangkannya. Kita perlu tunggu Azmin pulang,” kata Anwar.
Mengulas lanjut, Azmin yang baru pulang dari Brussels, Belgium berkata, beliau sudah menerima mesej ketua umum PKR itu dan akan memberi perhatian serius terhadap perkara itu.
“Bagi pihak Keadilan, sudah menjadi ketetapan kita untuk terus berbincang dan sesudah saya sampai ke KLIA, saya dapat mesej Anwar yang mahu saya terus membuka pintu kepada PAS,” kata timbalan presiden PKR itu.

Subscribe to receive free email updates: