Berbezanya PAS dulu, sekarang

Berbezanya PAS dulu, sekarang - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berbezanya PAS dulu, sekarang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berbezanya PAS dulu, sekarang
link : Berbezanya PAS dulu, sekarang

Baca juga


Berbezanya PAS dulu, sekarang

Seorang pendakwah berkata, pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam kini ternyata berbeza dan kadang-kadang membawa imej buruk kepada Islam.
Kata Wan Ji Wan Hussin, seseorang pemimpin parti politik tidak sepatutnya bertindak - sama ada melalui perkataan atau tulisan - yang mengundang fitnah.
"Dulu PAS amat terkedepan dalam dakwah. Atas alasan dakwah, PAS dahulu menggalakkan sangat orang bukan Islam mendekatkan diri dengan orang Islam, namun kini PAS berbeza.
"Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.
"Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Muslim sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Wan Ji diminta mengulas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang membuat kenyataan keras terhadap pihak yang tidak sependapat dengannya.


Demikianlah Artikel Berbezanya PAS dulu, sekarang

Sekianlah artikel Berbezanya PAS dulu, sekarang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berbezanya PAS dulu, sekarang dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/berbezanya-pas-dulu-sekarang.html
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vb4Oyoi7_8_oViNMD0uFmXPTP88hGAadGEpLLGWJjSvbD817C1YQ-o1YkhbY7Ui94BcYkjPNhs=s0-d" style="float: left; width: 70%;">Hari ini Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir (gambar), yang mengemas kini Facebooknya menulis: Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. (Kepada) orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadin. Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) PKR macai DAP!!"
Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran tindakan sesetengah pemimpin DAP menyertai orang Islam berbuka puasa sempena Ramadan ini.
Seorang daripada pemimpin DAP yang sering menyertai acara berbuka puasa pada setiap Ramadan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.
Maafkan sempena Ramadan
Wan Ji berkata PAS cuma sebuah organisasi dan ia melibatkan perlakuan manusia yang sentiasa ada kelemahan.
"Justeru, tidak setuju dengan PAS tidak bermakna seseorang itu anti-Islam.
"Orang lain yang bawa Islam sebagai rahmat sekelian alam pun ada yang tak setuju dengan PAS. Contohnya, Dr Rozaimi Ramle (pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam isu RUU355," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :