DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini

DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini
link : DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini

Baca juga


DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini

Geely yang memiliki jenama Volvo dari Sweden dikatakan mahu mengambil alih sebahagian besar saham minoriti dalam Proton dan membeli majoriti ekuiti dalam anak syarikat Proton, Lotus.
proton_geely_psa_600
PETALING JAYA: Selepas perbincangan selama berbulan-bulan, syarikat induk Proton Holdings Bhd, DRB-Hicom Bhd akan mengadakan mesyuarat minggu ini untuk membincangkan cadangan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dan PSA Group menjadi rakan kongsi strategik pengeluar kereta nasional itu.
Seorang individu yang mengetahui situasi itu memberitahu Bloomberg, mesyuarat itu akan diadakan Jumaat ini.
DRB-Hicom bagaimanapun enggan mengulas proses jualan 51% kepentingan dalam Proton kepada rakan kongsi asing bagi memastikan kilangnya terus beroperasi dan membangunkan model baharu.
Individu yang mengetahui situasi semasa itu berkata, Geely yang merupakan pengeluar teksi Britain – The London Taxi Company, mahu mengambil alih sebahagian besar saham minoriti dalam Proton dan membeli majoriti ekuiti dalam anak syarikat Proton, Lotus.
Seorang lagi individu yang tahu mengenai proses itu berkata, PSA Group pula lebih berminat mengambil alih majoriti pegangan Proton.
Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.
Pengarah Eurasia Group untuk rantau Asia Tenggara, Peter Mumford yang dipetik Bloomberg


Demikianlah Artikel DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini

Sekianlah artikel DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DRB-Hicom bincang jual Proton kepada Geely, PSA Jumaat ini dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/drb-hicom-bincang-jual-proton-kepada.html
berkata, mencari rakan kongsi asing untuk Proton yang mempunyai kira-kira 12,000 pekerja ialah penyelesaian logik untuk “sebuah syarikat yang menjadi lambang negara, tetapi tidak cekap dan mengalami kerugian”.
“Jika jenama ini dan pekerjaan dapat dikekalkan, ini mungkin ialah satu keputusan popular.”
Proton ditubuhkan pada 1983 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meletak jawatan sebagai penasihatnya pada Mac 2016 selepas beliau bertindak keluar daripada Umno.
Syarikat itu kemudiannya diswastakan pada 2012, sebelum diambil alih DRB-Hicom – sebuah konglomerat dikawal jutawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.
Pencarian rakan kongsi Proton bermula tahun lalu, selepas ia menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan pada April 2016, dengan syarat ia melaksanakan pelan pemulihan dan mencari rakan kongsi asing untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan.
Proton dilaporkan mengalami kerugian RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ke-3 2016 sehingga mempengaruhi kerugian bersih yang dialami DRB-Hicom berjumlah RM821.3 juta.
Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan kerugian bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :