Judul : KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA
link : KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA
KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA
Tidak sukar memahami kesedihan Tun Mahathir Mohamad berikutan penjualan saham Proton sebanyak 49.9 peratus kepada sebuah syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd kerana syarikat kereta nasional itu adalah ibarat 'anaknya' yang selama ini diasuh dan dibesarkan, tetapi kini sudah pun berpindah milik ke tangan asing.
Bekas Perdana Menteri itu turut membayangkan, dengan Proton pun boleh dijual kepada China, ia adalah permulaan kepada penjualan lebih besar aset-aset yang lain semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada hutang yang bertimbun.
"Tiada cara lain bagi kita untuk mendapatkan berbilion ringgit untuk membayar hutang. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset-aset yang ada.
"Dan akhirnya kita akan kehilangan negara kita, sebuah negara hebat, tetapi dimiliki orang lain," kata Tun Mahathir dalam tulisan di blognya semalam.
Demikianlah Artikel KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA
Sekianlah artikel KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/kesedihan-tun-mahathir-dan-malaysia.html
255, 0);">Beliau seterusnya tidak menafikan Proton mampu terbang lebih tinggi menyaingi Rolls Royce atau Bentley serta dijual ke seluruh dunia selepas pemilikan Geely ini, tetapi ia tidak lebih umpama kita berbangga dengan Singapura yang pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia suatu ketika dahulu, tetapi sekarang bukan lagi menjadi milik kita.
Bagi Tun Mahathir, penjualan banyak aset dan pemberian tanah dan kontrak kepada syarikat-syarikat China adalah kerana negara yang dipimpin Najib Razak sekarang terbelenggu dengan hutang meninggi yang tidak mampu lagi untuk dilangsaikan.
Selagi Najib terus dengan gayanya yang boros dan suka berhutang itu, Malaysia mungkin sukar mengelakkan daripada terus menjual, menjual dan menjual.
Hari ini Proton yang hilang, esok lusa entah apa lagi atau mungkin sudah ada senarai harta-harta yang sedang menunggu masa saja untuk bertukar hak miliknya.
Sebab itu, diakhir tulisan di blognya, Tun Mahathir terlihat amat sedih dan seperti merintih pilu, "Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. 'Anak' saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya. Sila maafkan saya."
Read More / Baca Lagi >>