Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia

Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia
link : Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia

Baca juga


Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia

Pemimpin veteran DAP itu berkata, rakyat Malaysia perlu menentang politik penipuan dan kebencian dengan bersatu menetapkan haluan dan dasar pembangunan negara.
Lim-Kit-SiangLim Kit Siang hari ini menggesa rakyat berhenti menentang satu sama lain dan menetapkan semula haluan serta dasar pembangunan negara untuk bersaing dengan lebih berkesan di peringkat antarabangsa demi kemajuan Malaysia.
Ketua Parlimen DAP itu ketika berucap dalam sebuah dialog di Selangor semalam berkata, beberapa kejadian baru-baru ini menunjukkan “politik penipuan, kebencian dan agama yang tidak sihat, mengganggu serta berbahaya, ditambah pula politik kaum dan agama yang tidak bertanggungjawab”.
Antaranya “kejadian tampar” pada Dialog Transformasi Negara 2050 (TN50) di Putrajaya, awal bulan ini yang menyaksikan pelakon Sulaiman Yassin yang dikenali sebagai Mat Over, menampar penerbit filem, Datuk David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mat Over mendakwa cara Teo bercakap “biadap”. Insiden itu menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan beberapa NGO mendesak Teo memohon maaf, walaupun sudah berbuat demikian selepas ditampar.
Tidak sampai 10 hari, Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad ditampar peserta kumpulan yang membantah campur tangan kerajaan negeri itu dalam isu fatwa, ketika mereka mengadakan protes di depan sebuah masjid di George Town, pada Jumaat lalu.
Lim juga merujuk


Demikianlah Artikel Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia

Sekianlah artikel Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/kit-siang-henti-gaduh-dan-bersatu-saing.html
ancaman bunuh ditujukan kepada Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof berhubung laman Facebook ‘DAP Laknatullah’ serta pertandingan esei “Lim Kit Siang rasis” anjuran Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagai reaksi langsung kepada beliau yang menggelarnya “bapa rasis”.
Satu lagi kejadian adalah dakwaan pensyarah Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff terhadap buku biografi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, “Becoming Hannah: A Personal Journey” sebagai cubaan untuk mempengaruhi umat Islam terhadap ajaran Kristian.
“Rakyat Malaysia boleh dan perlu mempamerkan kepada dunia yang rakyat berbilang kaum, agama dan budaya boleh hidup dengan aman, harmoni, bertoleransi dan saling memahami, tetapi bukan dalam ketaksuban, tidak bertoleransi atau perselisihan,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Menjelang Hari Kebangsaan ke-60, Lim menggesa “semua rakyat berfikiran rasional” supaya menolak politik perkauman dan agama untuk memastikan keharmonian serta muhibah berterusan di kalangan rakyat berbilang kaum.
“Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, tempat mahupun politik, perlu bersatu menetapkan semula haluan dan dasar pembangunan negara untuk bersaing dengan negara lain, serta tidak bergaduh sesama sendiri sehingga menyebabkan kita semakin berpecah-belah dan ketinggalan dalam persaingan antarabangsa dari segi pembangunan dan kemajuan”.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :