Judul : Lebih baik jadi askar, nasihat TMJ kepada Khairy
link : Lebih baik jadi askar, nasihat TMJ kepada Khairy
Lebih baik jadi askar, nasihat TMJ kepada Khairy
Demikianlah Artikel Lebih baik jadi askar, nasihat TMJ kepada Khairy
Sekianlah artikel Lebih baik jadi askar, nasihat TMJ kepada Khairy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lebih baik jadi askar, nasihat TMJ kepada Khairy dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/lebih-baik-jadi-askar-nasihat-tmj.html
Presiden FAM itu mempersoalkan menteri belia dan sukan yang tidak hadir perlawanan akhir Piala FA kerana dilaporkan sibuk dengan aktiviti Askar Wataniah.
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas Khairy Jamaluddin kerana tidak menunjukkan minat terhadap sukan tanah air, sebaliknya memilih untuk hadir pada program di mana menteri belia dan sukan itu mendapat tumpuan.
“Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” katanya dalam ulasan tajam dimuat naik di Facebook.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu merujuk ketiadaan Khairy pada perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang Sabtu lepas.
Menurutnya, Khairy yang sepatutnya hadir pada perlawanan penting itu sebaliknya dikhabarkan sibuk dengan program Askar Wataniah.
“Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini,” kata TMJ.
“Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan.”
TMJ berkata perlawanan tersebut yang dimenangi Kedah turut dihadiri kerabat diraja kedua-dua negeri di samping Johor.
“Di dalam perlawanan melibatkan sukan utama tanah air ini, ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan,” katanya.