Mahathir sentiasa benci Anwar?

Mahathir sentiasa benci Anwar? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir sentiasa benci Anwar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir sentiasa benci Anwar?
link : Mahathir sentiasa benci Anwar?

Baca juga


Mahathir sentiasa benci Anwar?

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) telah berkongsi aspirasi yang sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Razak .Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) telah berkongsi aspirasi yang sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Razak .
Walaupun keduanya bermula sebagai mentor dan mentee, permusuhan terbesar antara dua tokoh politik adalah diantara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi ini bermula sejak pemecatan Anwar oleh Mahathir dari jawatan timbalan perdana menteri Malaysia pada tahun 1998.
Pada era reformasi, sehingga turunnya Mahathir dari kerusi Perdana Menteri, perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah mengesa Mahathir untuk letak jawatan. Itulah fokus serangan parti yang diasaskan selepas pemecatan Anwar pada ketika itu.
PKR percaya bahawa Anwar adalah mangsa fitnah politik kotor Mahathir terhadap Anwar, dalam membawa keadilan kepada Anwar, PKR bersama parti pembangkang lain berjaya mobilise ratusan ribu rakyat Malaysia untuk menekan Mahathir untuk berundur sehingga akhirnya Mahathir menyatakan hasrat beliau untuk berundur pada Jun 2002, setelah dipujuk dan dirayu pemimpin Umno Mahathir kekal sebagai PM selama lebih setahun dan kemudiannya menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tun Abdullah Ahmad


Demikianlah Artikel Mahathir sentiasa benci Anwar?

Sekianlah artikel Mahathir sentiasa benci Anwar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir sentiasa benci Anwar? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/mahathir-sentiasa-benci-anwar.html
Badawi pada 2003.
Disebalik segala serangan itu, Mahathir pula sentiasa menegaskan kepercayaan beliau bahawa Anwar bersalah dan sering kali ungkapkan bahawa Anwar adalah manusia yang tidak bermoral, bahkan sehingga 2017 Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataan ini bahkan sentiasa membayangkan kepada umum bahawa beliau masih percaya bahawa Anwar adalah insan yang tidak bermoral dan tanpa akhlak.
Permusuhan keduanya bagai tiada titik noktah, namun satu lembaran baru dibuka pada akhir tahun 2016, setelah hampir 19 tahun berseteru dan bermusuhan,Mahathir tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Anwar, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Pun begitu, apabila ditanya soal Anwar diluar kontek saman Anwar tersebut, Mahathir masih mengulangi pandangan buruk beliau terhadap Anwar, dan masih beranggapan Anwar adalah manusia yang tidak bermoral.
Ini menunjukkan, Mahathir masih benci dan anti Anwar, dari dulu hingga sekarang.
Namun, dengan kebencian yang jelas Mahathir terhadap Anwar, cukup menarik apabila semalam di Konvensyen PKR, individu yang bermusuhan dengan Anwar itu, telah menandatangani kempen BEBAS ANWAR yang mendesak pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dari hukuman penjara yang beliau jalani dari perbicaraan penuh konspirasi Liwat II.
Mahathir telah letak ketepi kebencian beliau terhadap Anwar, dan sanggup hadir pada konvensyen "Parti Anwar", manusia yang waras perlu tanya diri sendiri, mengapa Mahathir bertindak sedemikian?
Mahathir percaya beliau tidak akan mampu menewaskan BN secara bersendirian, beliau yakin hanya melalui kerjasama politik dengan parti parti pembangkang, peluang untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional lebih cerah dan mampu dicapai.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :