Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi

Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi
link : Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi

Baca juga


Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi

Khalid SamadKhalid Samad
Saya telah menerima beberapa mesej Whatsapp melalui berbagai grup Whatsapp mengenai isi kandungan buku YB Hanna Yeoh, "Becoming Hanna".
Petikan-petikan yang dikemukakan bertujuan untuk membuktikan bahawa YB Hanna dan parti DAP itu sendiri ingin mengkristiankan Malaysia. Pensyarah Melayu yang bernama Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa tulisan YB Hanna adalah satu pendedahan agenda DAP sebenar!
Amat sedih apabila 'cendekiawan' Melayu berusaha membodohkan Melayu. Ini yang dikatakan "harapkan pegar, pegar makan padi".
Saya yakin sebagai seorang yang berpendidikan, Dr Kamaruzaman mampu membezakan di antara keyakinan keagamaan seseorang ahli dan dasar parti politik yang disertainya. Namun dia sengaja putar-belit fakta sebenar supaya akan tercapai matlamat politik tertentu. Sedih, tetapi itulah hakikatnya.
Hanya yang terlalu bodoh akan mendakwa DAP sebagai parti politik yang beragenda mengkristiankan masyarakat Malaysia berdasarkan buku kisah hidup Hanna Yeoh! Bagaimana mungkin ada yang tak mampu membezakan agama seseorang ahli parti dan dasar parti yang disertainya boleh menjadi pensyarah universiti? Pensyarah dalam bidang politik pula!
Untuk menangkis dakwaan songsang 'profesor kangkung' ini, kita hanya perlu melihat


Demikianlah Artikel Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi

Sekianlah artikel Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/pensyarah-melayu-bodohkan-melayu-ibarat.html
kepada barisan kepimpinan DAP. Adakah semua pimpinan dan ahli DAP beragama Kristian? Sekiranya ya, harap beritahu saya.
YB Gobind Singh Deo ialah Kristian mazhab apa? YB Sivakumar, bekas Speaker Perak ialah seorang yang beragama Hindu. Adakah wujud mazhab Kristian yang berpegang kepada agama Hindu? Kebodohan yang menakjubkan. Amat malang kebodohan ini ditaja oleh seorang pensyarah Melayu supaya disebarkan di kalangan orang Melayu. Nak jadikan Melayu bodoh, bukan nak tambahkan Melayu dalam kepandaian.
Buku YB Hanna menceritakan mengenai dirinya sendiri, fahamannya, nilai-nili hidupnya, cita-citanya dan liku-liku hidup yang telah dilaluinya. Ia tiada kena-mengena dengan dasar perjuangan politik partinya iaitu DAP.
Biasanya kalau nak faham mengenai dasar perjuangan sebuah parti politik, maka perlembagaan parti tersebut adalah rujukannya. Mengikut profesor ini, untuk mengetahui perjuangan DAP, buku kisah hidup YB Hanna adalah rujukannya! Tidakkah ianya kelakar? Lebih kelakar lagi apabila ada yang percaya dakwaannya.
Islam tidak menghalang orang bukan Islam berpegang teguh dengan agama mereka dan mengamalkan ajaran-ajarannya. Itulah keadilan Islam. Malangnya ada yang beranggapan bahawa bukan Islam yang hidup di 'negara Islam' mesti "mengakui Islam adalah agama sebenar"!
Saya masih ingat lagi semasa bertaraf mahasiswa di universiti, ada 'ustaz-ustaz jadian' yang mendakwa itulah ajaran Islam. Saya tak hairan berdasarkan kupasannya terhadap buku YB Hanna, sekiranya profesor ini beranggapan begitu juga! Sikap dan kefahaman sebegini menjatuhkan imej Islam. Betapa ramai yang menganggap dirinya berkhidmat untuk Islam tetapi sebaliknya meruntuhkan imej Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :