Judul : PM ke-4 punca Perlembagaan ‘koma’, kata pensyarah
link : PM ke-4 punca Perlembagaan ‘koma’, kata pensyarah
PM ke-4 punca Perlembagaan ‘koma’, kata pensyarah
Pensyarah undang-undang, Azmi Sharom berkata, seorang 'doktor' yang menjadi perdana menteri ke-4 negara menyebabkan kedaulatan undang-undang dan perlindungan diberikan kepada orang ramai 'gila'.
KUALA LUMPUR: Pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, Perlembagaan Persekutuan kini dalam koma dengan “kesihatannya” merosot sejak perdana menteri ke-4 mentadbir negara ini.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran sebuah buku mengenai perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Dr Mahathir Mohammad ialah perdana menteri ke-4 negara. Beliau didakwa “memusnahkan” badan kehakiman, mengawal kuasa diraja dan mengukuhkan cabang eksekutif dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi lain di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, selepas meninggalkan Umno buat kali ke-3 dan membentuk parti baru PPBM, Dr Mahathir disebut-sebut mungkin menjadi calon perdana menteri untuk memimpin pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekalipun pengerusi PPBM itu menolak sebarang peluang untuk kembali memegang jawatan nombor 1 negara itu.
“Saya menyifatkan kesihatan Perlembagaan Persekutuan dalam keadaan koma dan ia menjadi demikian kerana mereka yang menggantikan Tunku. Ia merosot khasnya selepas perdana menteri ke-4 (mengambil alih tampuk pemerintahan),” kata Azmi pada majlis pelancaran buku di Bangsar Village II, hari ini.
“Tunku ialah peguam. Beliau memahami nilai undang-undang, kedaulatan undang-undang dan perlindungan yang diberikan kepada rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kekurangan pemahaman itu dihadapi negara sekarang.
“Apabila anda menyerahkannya kepada doktor, semuanya kelam-kabut,” katanya yang lantang bersuara.
Azmi yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menghasut pada Februari 2016 berkata, Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada rakyat dari segi kebebasan bersuara dan
Demikianlah Artikel PM ke-4 punca Perlembagaan ‘koma’, kata pensyarah
Sekianlah artikel PM ke-4 punca Perlembagaan ‘koma’, kata pensyarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM ke-4 punca Perlembagaan ‘koma’, kata pensyarah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/pm-ke-4-punca-perlembagaan-koma-kata.html
beragama.
Katanya, walaupun beliau tidak mengenali Tunku secara peribadi, beliau percaya negarawan itu akan kecewa dengan “apa yang berlaku” di negara ini hari ini.
Azmi turut memuji Tunku sebagai “ciptaan pada zamannya” di mana integriti ialah sebahagian daripada sifat dimiliki manusia ketika itu.
Beliau juga menceritakan bagaimana Tunku mendekati seorang pemeriksa sekolah untuk menawarkan jawatan menteri pendidikan kepadanya.
Bagaimanapun, pemeriksa sekolah itu menolak tawaran Tunku kerana gaji seorang menteri tidak cukup untuk menyara 10 ahli keluarganya.
“Sekarang, politik dilihat sebagai satu cara untuk membuat duit dan saya tidak fikir konsep perkhidmatan wujud lagi.”
Turut hadir pada majlis pelancaran buku itu ialah Datuk Peter Velappan, salah seorang pentadbir bola sepak paling menonjol di Malaysia yang memberi penghormatan kepada Tunku – seorang peminat bola sepak.
Velappan berkata, selepas rusuhan pada 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara yang mentadbir negara ini pada zaman darurat, membatalkan Pestabola Merdeka tahun itu atas faktor keselamatan.
Pestabola Merdeka diadakan setiap tahun sempena Hari Kebangsaan Malaysia, dan dahulu, ia disertai pasukan antarabangsa terkemuka dari seluruh rantau ini.
“Saya dihantar untuk menyampaikan mesej kepada Tunku yang ia sudah dibatalkan. Ketika itu, Tunku sedang pulih daripada jangkitan mata.
“Tunku berkata, ia adalah bodoh untuk membatalkan Pestabola Merdeka kerana bola sepak menyatukan rakyat,” kata Velappan.
Beliau berkata, Pestabola Merdeka yang diadakan selepas 1969 berjaya menyatukan rakyat Malaysia daripada semua lapisan untuk menyokong pasukan bola sepak negara dan membantu memulihkan negara selepas rusuhan 13 Mei.
Bekas setiausaha agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama 30 tahun itu turut memuji belas kasihan Tunku.
Read More / Baca Lagi >>