SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA

SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA
link : SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA

Baca juga


SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA

PUTRAJAYA mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kemungkinan adanya “potensi konflik kepentingan”  dalam Jawatankuasa Budiman berhubung urus niaga jualan saham untuk Bandar Malaysia yang dibatalkan, kata sumber.
The Malaysian Insight difahamkan Perdana Menteri Najib Razak mahu siasatan dibuat berhubung keputusan yang dibuat mengenai urus niaga bernilai RM7.41 bilion pada 2015 dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings-China Railway Engineering Corporation (IWH-CREC), yang dibatalkan dua minggu lalu.
“PM bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengarahkan mereka menyiasat perkara kemungkinan berlakunya konflik kepentingan dan perkara lain yang boleh menjadi isu berkenaan keputusan itu dan pihak berkenaan lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berada dalam Jawatankuasa Budiman yang ditubuhkan tahun lalu bagi mengendalikan pelan rasionalisasi hutang syarikat pelaburan negara itu.
Najib yang juga


Demikianlah Artikel SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA

Sekianlah artikel SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SKANDAL BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/skandal-bandar-malaysia-siasatan.html
menteri kewangan, sudah mengumumkan jawatankuasa itu dibubarkan walaupun pelan rasionalisasi hutang belum lengkap sehingga isu Bandar Malaysia diselesaikan.
Beliau juga berkata Arul Kanda kekal sebagai presiden 1MDB tetapi tidak lagi berada dalam lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd, yang mengendalikan projek pembangunan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Siregar Abdullah kini bertanggungjawab dalam semua perkara berkaitan aset tanah 1MDB yang dipindahkan kepada pemegang saham tunggal, Kementerian Kewangan (MoF).
Irwan menerima kritikan daripada penyokong kerajaan sejak minggu lalu atas peranannya itu dalam pembatalan urus niaga Bandar Malaysia yang mengejutkan itu, di mana urus niaga itu tersenarai sebagai pelan ketiga dan terakhir dalam pelan rasionalisasi hutang untuk 1MDB.
1MDB, ditubuhkan pada 2009, mengumpul hutang kira-kira RM42 bilion dan terpaksa menjual unit utiliti tenaga dan air serta aset tanah bagi membolehkan Putrajaya menyelesaikan hutangnya.
The Malaysian Insight difahamkan siasatan “potensi konflik kepentingan” bermula selepas audit dan siasatan terhadap keputusan jawatankuasa Budiman yang fokus kepada transaksi Bandar Malaysia dan TRX.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :