Judul : TN50 - SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA?
link : TN50 - SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA?
TN50 - SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA?
1. TN50 - Insiden tampar. Satu jenayah dan mesti dihukum melalui saluran undang-undang.
2. Sehari ini kecoh cerita David Teo ditampar Mat Over. Ianya bukan soal David Teo atau Mat Over. Ianya soal jenayah menampar orang.
3. Lebih parah apabila ada yang mula cerita hal Cina ditampar Melayu.Ini bukan soal Cina atau Melayu. ini soal jenayah.
4. Inilah masalah kita rakyat Malaysia. Selalu melihat dalam perspektif yang salah. Sebab itulah kita sahaja satu-satunya negara di dunia ini yang syarikat milik negara hilang berpuluh bilion ringgit tapi tiada dakwaan, tiada siapa dihukum kerana ianya bukan jenayah.
5. Kalau perspektif kita betul TN50 sepatutnya bukan Transformasi Nasional 2050. Ianya lebih tepat menjadi Tanya Najib: 50 bilion mana?
6. Kalau kita betul-betul mahu negara maju tahun 2050 perkara asas ialah prinsip "rule of law". Keluhuran undang-undang. Penjenayah mesti dihukum.
7. Singapura negara maju jauh tinggalkan kita. Forex mereka jauh tinggi. Ekonomi mantap. Mengapa? Kerana mereka bersungguh-sungguh pamerkan kepada dunia mereka akan hukum siapa saja yang lakukan jenayah curi wang walaupun bukan wang mereka kerana 1MDB syarikat Malaysia bukan syarikat Singapura.
8. Malaysia juga bersungguh-sungguh tetapi bersungguh-sungguh bukan menangkap penjenayah tetapi bersungguh-sungguh melindungi penjenayah!
Demikianlah Artikel TN50 - SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA?
Sekianlah artikel TN50 - SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TN50 - SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/tn50-sepatutnya-tanya-najib-mana-rm50.html
large;">9. Mat Over mungkin berani melakukan jenayah tampar orang kerana dia merasakan di negara ini penjenayah boleh lepas bebas. Formula paling berkesan ialah mainkan sahaja isu bangsa, isu agama - lupalah orang pada isu jenayah yang sebenar.
Sejujurnya saya memang kurang berminat mengulas panjang isu berkaitan David Teo yang ditampar oleh Mat Over. Sama seperti dua kejadian sebelumnya - pemandu membunyikan hon di depan masjid di Johor Bahru serta dipukul dan laporan polis oleh seorang pensyarah berkaitan buku Hannah Yeoh, semuanya ingin dijuruskan kepada sentimen bangsa, agama dan akhirnya DAP yang cuba disalahkan.
Read More / Baca Lagi >>
10. Dia belajar dari pemimpin yang lepas bebas dari jenayah mencuri wang rakyat dengan isu bangsa dan agama. Ramai perasuah hari ini pun mungkin dapat inspirasi begitu.
11. Bagi orang Islam lupakah kita pada kisah Saidina Ali memberitahu Saidina Umar Al Khattab setelah Umar takjub melihat Saad Ibn Waqqas berlaku jujur membawa pulang kesemua rampasan perang dari Persia diserah kepada Perbendahaan negara. Tiada satupun diambil untuk dirinya. Kata Saidina Ali kepada Saidina Umar, mereka jujur kerana belajar dari kamu yang jujur. Kalau kamu sebagai khalifah tidak jujur dan menyamun pasti jenderal dan orang bawahan kamu juga jadi penyamun.
12. Kita mungkin tidak lupa tetapi kita selalu melihat dalam perspektif salah. Kalau perspektif kita betul dari awal lagi wujud TN50 ianya bukan isu pertanyaan David Teo. Ianya seharusnya pertanyaan kita semua kepada Najib. Mana hilangnya hampir 50 bilion duit dalam kes 1MDB?
14. Makanya yang betul sepatutnya TN50 bukan Transformasi Nasional : 2050 tapi Tanya Najib : 50 billion mana? Barulah nampak jalan kearah membina negara maju.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah.