(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati

(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Baru, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel kejahatan, Artikel kriminal, Artikel Politik, Artikel sexual, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati
link : (8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati

Baca juga


(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati



Demikianlah Artikel (8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati

Sekianlah artikel (8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/8-gambar-tiga-penjenayah-terlibat-kes.html
Tiga penjenayah yang aktif dalam kegiatan samun bersenjata di Johor ditembak mati polis di persimpangan lampu isyarat Parit Bunga, Tangkak, 9.50 pagi hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dipercayai aktif dalam kegiatan samun dengan mensasarkan mangsa yang mengeluarkan duit dari bank.

Beliau berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha mempertahankan diri selepas cubaan menghentikan BMW dinaiki suspek gagal malah dibalas dengan tembakan rambang.

"Kita mendapat maklumat daripada orang ramai memaklumkan sebuah kereta bergerak dalam keadaan mencurigakan dan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan kenderaan terbabit.

"Polis mengarahkan kereta itu berhenti tetapi tiba-tiba terdengar tembakan dan kita membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

"Tiga lelaki yang tidak mempunyai identiti diri mati dalam kereta itu dan kita masih menyiasat latar belakang suspek," katanya ketika ditemui pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, polis percaya suspek adalah serpihan geng samun yang dibanteras di Kelantan baru-baru ini.

"Tahniah kepada pasukan cegah jenayah polis dan saya percaya saki-baki kumpulan ini akan dibanteras," katanya.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk Revolver, pistol buatan sendiri menggunakan peluru penabur dan parang dalam kereta suspek.

"Polis percaya dapat selesaikan 10 kes samun dengan jumlah kerugian RM700,000 di sekitar Johor," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai berhati-hati jika mengeluarkan sejumlah wang besar dari bank.

"Cuba kurangkan jumlah wang yang hendak dikeluarkan atau mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai terbabit dengan kegiatan samun di Johor Bahru minggu lalu dan mereka sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Subscribe to receive free email updates: