APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?

APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?
link : APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?

Baca juga


APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?

Dalam barisan kabinet, Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik, boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri yang samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah kepada orang lain.

Selalu kedengaran beliau membangga diri  -  "saya menteri, saya lebih besar daripada dia", "saya sudah 17 tahun menjadi menteri", "saya lebih lama jadi menteri berbanding dia, " saya menteri, dia cuma timbalan menteri",  "dia tu budak mentah" dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.

Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung" sambil meneruskan kekasarannya, "jangan banyak cakaplah".
"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.

"Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri


Demikianlah Artikel APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?

Sekianlah artikel APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/apa-bezanya-nazri-aziz-dengan-ahmad.html
setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.

Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, "jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak."

Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati "tidak cerdik" dalam mengeluarkan kenyataan.

Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak,  tetapi berbangga, "saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung."
Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :