Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung

Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung
link : Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung

Baca juga


Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung

Pakar ekonomi berkata walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi.
Yeah-Kim-Leng-hoo-kee-ping3
 Dua pakar ekonomi memberi amaran penggabungan yang bakal berlaku antara RHB Bank Berhad dan AMMB Holdings Berhad atau AmBank akan menyaksikan beribu-ribu kakitangan hilang pekerjaan.
Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng berkata pemberhentian kerja di bawah iklim ekonomi semasa akan menimbulkan masalah kepada mereka yang diberhentikan kerja.
“Walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi. Akan ada cabaran pekerjaan,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Yeah dan Prof Hoo Kee Ping yang juga pengarang beberapa buku ekonomi berkata kebanyakan pekerja yang terjejas boleh dilatih dan ditugaskan untuk bekerja di bahagian jualan dan operasi perbankan atas talian.
Hoo berkata juruwang dan pengendali kaunter lain terdiri daripada pekerja bank.
“Tetapi terdapat keperluan tenaga jualan dalam bank. Kebanyakan bank sekarang melatih


Demikianlah Artikel Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung

Sekianlah artikel Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/beribu-kakitangan-boleh-hilang-kerja.html
juruwang mereka untuk melakukan jualan,” katanya.
Beliau menggesa kedua-dua bank berkenaan melatih pekerja mereka yang terjejas melakukan tugas jualan atau menawarkan mereka skim pengasingan sukarela yang akan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran baru.
Beliau juga berkata pekerja boleh dilatih untuk bekerja dalam sektor pertumbuhan baru yang mempunyai potensi yang kuat seperti teknologi kewangan (FinTech), perbankan atas talian, pengurusan kekayaan dan pelaburan insurans perbankan.
Khamis lalu, RHB dan AmBank mengumumkan Bank Negara Malaysia meluluskan hasrat mereka untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.
Sumber dipetik Reuters berkata RHB akan menjadi pemeroleh dalam penggabungan berpotensi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38.59 bilion).
Reuters menambah kedua-dua bank tersebut mempunyai sejumlah 25,000 pekerja apabila bergabung.
Hoo berkata bank berkenaan sudah menutup beberapa cawangan perbankan atas talian dan menumpukan kepada sumber ke atas FinTech.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :