Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan

Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan
link : Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan

Baca juga


Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan



Demikianlah Artikel Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hasrat Dr Mahathir wujudkan konflik dalam Pakatan Harapan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/hasrat-dr-mahathir-wujudkan-konflik.html
SURAT penarikan diri Anwar Ibrahim daripada senarai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) memberi kejutan kepada kebanyakan pemimpin tertinggi gabungan itu, ketika ia sedang berdepan pertikaian yang Dr Mahathir Mohamad dikatakan berusaha untuk memegang jawatan utama.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan dari penjara pada Sabtu lepas, Anwar berkata "perbalahan (berkaitan siapa bakal perdana menteri) sangat meletihkan (pembangkang), sedangkan keputusan akhir terletak ditangan pengundi dalam pilihan raya umum".
Setiausaha Umum PKR Saifuddin Nasution memberitahu akhbar Singapura, The Straits Times, kenyataan Anwar itu sebagai bantahan kepada hasrat bekas mentornya itu untuk mengetuai PH.
"Anwar tidak mahu isu tentang siapa bakal PM atau siapa yang akan memegang tampuk utama menjadi fokus utama. Beliau mementingkan struktur asal (pembangkang) di mana semua adalah setara," jelas Saifuddin.
Kebelakangan ini, Dr Mahathir melobi pemimpin tertinggi pembangkang supaya menerima usul menjadikan parti berasas Melayunya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kuasa dominan di dalam PH dan menjadikan timbalannya Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin kedua tertinggi PH, menurut laporan The Straits Times.
Jika pembangkang menjadi pilihan utama di kalangan pengundi di kawasan bandar, kebanyakan pengundi Melayu di kawasan luar bandar secara tradisi menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang mengetuai Umno.
Dalam beberapa pertemuan peribadi antara pemimpin pembangkang, Dr Mahathir bertegas menumbangkan genggaman kuat Umno ke atas Melayu luar bandar - di mana majoritinya masih menyokong Najib, pakatan pembangkang harus teguh dan setiap parti komponen mesti bersatu menyokong parti berasaskan Melayu dan pemimpin tertinggi adalah daripada kalangan komuniti Melayu.
Beberapa pemimpin PKR dan DAP secara peribadi menyatakan usul Dr Mahathir itu mampu memberi semangat kepada pembangkang yang masih terluka selepas penarikan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang.
"Apa yang boleh mengubah keputusan pilihan raya adalah perpecahan cengkaman Umno ke atas undi penduduk Melayu luar bandar."
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pemimpin tertinggi PH yang skeptikal terhadap usul Dr Mahathir itu, dan sangsi kerana melihat ia sebagai langkah menggunakan pembangkang untuk memenuhi agenda peribadi.
Pembangkang menang hampir 52% undi popular dalam pilihan raya umum pada Mei 2013, tetapi hanya memperolehi 89 daripada 222 kerusi Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: