INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN

INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN
link : INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN

Baca juga


INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN

Dengan segala berita mengenai pertelingkahan yang sedang berlaku di Felda Global Ventures Berhad (FGV), saya bimbang kekecohan itu sebenarnya menutup pelbagai masalah yang lebih besar sedang dan bakal berlaku di dalam Felda dan FGV.
Walaupun mendapat tentangan hebat rakyat, pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak tidak sekali pun menyatakan akan berundur dari cadangannya untuk membeli 37% pegangan di dalam PT Eagle High Plantations milik Tan Sri Peter Sondakh pada harga yang berkali ganda lebih tinggi.
Foto Rafizi Ramli. Isu kepincangan pengurusan Felda dan pelbagai kerugian Felda mendapat perhatian setelah cadangan pembelian itu bocor kepada rakyat. Pun begitu, tidak pernah ada satu kenyataan pun bahawa Felda sedang mengkaji semula keputusan itu walaupun Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Shahrir Samad mengakui secara terbuka bahawa Felda terpaksa meminjam wang untuk membayar pembelian itu.
Setakat ini, saya belum membaca apa-apa pengesahan rasmi dari Felda mengenai pembelian saham-saham PT Eagle High Plantations.
Kita bernasib baik kerana urusniaga Felda dengan Tan Sri Peter Sondakh itu mendapat liputan meluas di kalangan media Indonesia.
Minggu lalu, bertarikh 8 Jun 2017, akhbar Harian Kontan di Indonesia telah melaporkan satu berita bertajuk “Felda Dikabarkan Incar Porsi Mayoritas BWPT” yang bermaksud “Felda Dikhabarkan Berminat Kuasai Saham Majoriti PT Eagle High”. Capaian berita Harian Kontan itu ada disertakan di sini


Demikianlah Artikel INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN

Sekianlah artikel INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel INDONESIA: FELDA TELAH PUN MEMBELI 37% PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH, AKAN MENAMBAH PEGANGAN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/indonesia-felda-telah-pun-membeli-37.html
target="_blank">http://ift.tt/2svsDMj
Antara lain, berita itu melaporkan perkara-perkara berikut:
Felda telah pun membeli 37% pegangan di dalam PT Eagle High
Urusniaga itu dimuktamadkan dalam bulan April 2017 dengan Kumpulan Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh
Anak syarikat Felda, FIC Properties Sdn Bhd membayar sehingga USD 505.4 juta bersamaan sekitar RM2.12 bilion bagi saham-saham itu
Felda dilaporkan akan membuat satu “tawaran umum” atau “general offer” bagi membeli saham-saham PT Eagle High yang belum dimilikinya
Saya meminta supaya Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shahrir mengesahkan perkara-perkara ini iaitu Felda telah pun membeli 37% saham PT Eagle High walaupun tidak diumumkan sebelum ini.
Lebih-lebih lagi, saya mahu Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shahrir menjawab adakah benar Felda berniat untuk menguasai saham-saham PT Eagle High yang belum dimilikinya melalui satu “tawaran umum”. Pada harga yang dibayar Felda, untuk menguasai 30% lagi pegangan akan melibatkan sekitar RM2 bilion lagi wang Malaysia disuntik ke syarikat perladangan Indonesia. Soalan yang paling penting ialah dari mana wang ini akan datang dalam keadaan kewangan Felda sendiri dalam keadaan yang tenat sehingga terpaksa menjual asetnya seperti saham-saham Felda di dalam Maybank?
Saya sedang mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kemelut yang berlaku di FGV. Saya bimbang sekiranya kemelut ini digunakan untuk mengkambing hitamkan Tan Sri Isa Samad (kalau pun ada asas penyelewengan yang kukuh selepas siasatan SPRM) bagi tujuan membuktikan bahawa Felda kini bersih dari penyelewengan, lalu menghalalkan pelbagai urusniaga yang dibuat secara senyap seperti pembelian saham-saham PT Eagle High Plantations yang telah berlaku kini.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :