'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir?

'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir?
link : 'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir?

Baca juga


'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir?


Oleh LIM HONG SIANG
Kita akur dengan hakikat bahawa sejarah ada kalanya berkembang dalam garis yang berliku-liku. Kita terpaksa berundur selangkah sebelum mengorak dua langkah ke depan, atau sebaliknya, jika nasib tidak memihak kita.
Untuk penggerak Reformasi pada tahun 1998, tsunami politik 8 Mac 2008 adalah buah yang dituai daripada benih yang ditabur sedekad dahulu, setelah melalui zaman yang agak pedih ketika Umno-BN menguasai lebih 90 peratus kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Seandainya PRU14 diadakan pada tahun 2018, apakah pula hasilnya menjelang ulang tahun ke-20 gerakan Reformasi? Dan jika benar Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan seterusnya calon perdana menteri setelah pembangkang menawan Putrajaya, bukankah ia jenaka yang paling tragis dalam sejarah politik Malaysia? Bayangkan, gelombang Reformasi yang bermula dengan laungan “Undur Mahathir”, kini diakhiri dengan laungan “Hidup Mahathir”.
Justeru itu, seandainya HARAPAN menang dalam PRU14, apakah ia kemenangan gerakan Reformasi yang tertangguh selama 20 tahun, atau kemenangan Mahathir dari dulu, kini dan selamanya? Mahathir sebagai ikon Mahathirisme yang terserlah kini berganding dengan kuasa Reformasi yang cuba menamatkan Mahathirisme pada dua dekad lalu. Persoalannya, apakah Mahathir telah direformasikan, ataupun Reformasi pula yang 'dimahathirkan'?
Sesungguhnya perjuangan politik menyaksikan tarik tali antara ideal dengan realiti. Terlalu banyak kekangan dalam sistem politik dan masyarakat yang membataskan pilihan kita. Hakikat yang pahit untuk ditelan di Malaysia, pejuang yang tidak berganjak dari prinsip kebanyakan masanya tidak berganjak ke mana. Pada masa yang sama, pejuang yang terpesong jauh dari prinsip pula semuanya berakhir entah ke mana. Jadi persoalan di sini, meskipun politik itu seni yang memungkinkan kemustahilan, tetapi di manakah bottom line kita, yang akan kita pertahankan sehingga akhir, tidak berganjak untuk mengambil jalan singkat, walaupun digoda dengan kemenangan


Demikianlah Artikel 'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir?

Sekianlah artikel 'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Memahathirkan' reformasi, mereformasikan Mahathir? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/memahathirkan-reformasi-mereformasikan.html
serta-merta?
Di mana dasar bersama?
Kegagalan menyusun keutamaan agenda menjadi kelemahan HARAPAN. Pemimpin HARAPAN kelihatan tergopoh-gopoh, celaru langkahnya ketika berdepan dengan Mahathir. Pertikaian tercetus antara BERSATU dengan PKR apabila Mahathir kelihatan enggan memegang sepanduk “Anwar PM ke-7” dalam Kongres Nasional Tahunan PKR pada Mei 2017. Persoalannya, mengapa BERSATU diterima untuk menyertai HARAPAN tanpa persetujuan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon perdana menteri HARAPAN?
Untuk seketika HARAPAN cuba mengelakkan diri dari terjerat ke dalam pertikaian calon PM, sungguhpun menyedari bahawa isu ini tetap akan menghantui mereka selagi tidak diberi kata dua. Maka pertikaian dilanjutkan apabila Presiden PKR Wan Azizah Ismail menyatakan kesediaan dirinya untuk menjadi pemanas kerusi sebelum tampuk kuasa diserahkan kepada Anwar Ibrahim, dalam wawancaranya dengan Al-Jazeera. Lebih panas, apabila Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan agar dirinya menyandang jawatan PM, seandainya direstui semua parti komponen HARAPAN.
Sudah tentu ia mengundang kebingungan dan kekecewaan di kalangan penyokong pembangkang, jika bukan penolakan keras, ketika dikhabarkan bahawa PKR turut bersetuju dengan cadangan untuk berkepalakan Mahathir. Perkembangan sejak tahun 2016 memperlihatkan bagaimana HARAPAN berganjak selangkah demi selangkah untuk memberi laluan kepada Mahathir dan BERSATU. Bermula dengan Deklarasi Rakyat, disusuli dengan cadangan electoral pact 3+1 (DAP, PKR, AMANAH + BERSATU), kemudian diterima permohonan BERSATU ke dalam HARAPAN, dan kini tidak menolak kemungkinan Mahathir dinobatkan sebagai calon perdana menteri HARAPAN.
HARAPAN tidak boleh menyalahkan penyokongnya, kerana electoral pact 3+1 barangkali bottom line yang boleh diterima mereka. Namun jikalau Mahathir dinobatkan sebagai PM, ia jauh tersasar dari apa yang dicita-citakan sebermulanya. Lebih-lebih lagi, Mahathir tidak pernah mengaku kesilapan ketika zaman pemerintahannya, malah HARAPAN belum pun merumuskan dasar bersama mereka. Bayangkan, dalam situasi sedemikian, ke mana hala tuju Malaysia yang akan diterajui oleh PM ke-7 bernama Mahathir?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :