Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH

Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH
link : Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH

Baca juga


Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH



Demikianlah Artikel Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH

Sekianlah artikel Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/menyorot-perbezaan-konsep-kepimpinan-bn.html

Oleh HAYAR HASSAN
Saya amat cukup teruja apabila membaca berita berkaitan Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) menolak tawaran calon Perdana Menteri sendainya Pakatan Harapan(PH) memenangi PRU ke 14 nanti.
DSAI sepertinya amat termaklum akan rintangan undang-undang dan teknikal yang terpaksa dilalui oleh pimpinan PH seandainya PH masih mahu mengangkatnya menjawat jawatan Perdana Menteri itu. Gerak kerja untuk merealisasikan impian sesetengah pimpinan PH itu mungkin akan mengurangkan fokus terhadap matlamat utama memenangi PRU ke 14. Sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohammad, Penasihat Bersatu juga secara halus telah menolak untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri seandainya PH memenangi PRU ke 14 nanti. Tun Dr Mahathir Mohammad sebaliknya menyatakan bahawa, beliau akan cuba memikirkannya seandainya dipersetujui oleh pimpinan PH. Kenyataan kedua-dua tokoh PH ini adalah agak luarbiasa dalam senario politik Malaysia dan boleh dikatakan fenomena baru dalam politik tanah air tercinta ini.
Lazimnya UMNO akan mengatakan bahawa jawatan Perdana Menteri itu adalah hak mutlak UMNO. Pemimpin-pemimpin lain dalam BN jangan mimpi untuk menjawat jawatan keramat tersebut. Dikhabarkan sesiapa yang di luar UMNO yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan keramat ini akan menerima padahnya. Sepertinya ianya semacam sudah menjadi suatu tahyul bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah hak eksklusif UMNO !
Dikatakan UMNO-BN telah bertindak terhadap pertubuhan Al Arqam disebabkan kenyataan ketuanya, Allahyarham “Abuya “ Shaari Mohamad bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Kita tidak tahu sama ada penolakan Tun Dr Mahathir Mohammad dan DSAI itu ada kaitannya dengan kepercayaan karut ini.
Namun demikian, seperti yang saya utarakan sebelum ini, penolakan Tun Dr Mahathir Mohammad dan DSAI terhadap jawatan Perdana Menteri itu adalah suatu fenomena baru dalam pemahaman konsep kepimpinan PH. Konsep kepimpinan PH sebenarnya berbeza dengan BN. Ini yang saya ingin soroti dalam tulisan ringkas ini.
Semenjak merdeka sehingga sekarang, parti-parti dalam Perikatan/Barisan Nasional(BN) sudah dibiasakan dengan konsep pengurusan “Abang Long”. Secara mudahnya, parti-parti dalam komponen Perikatan/BN perlu akur terhadap polisi dan keputusan yang telah ditetapkan oleh UMNO.
Sebarang usaha yang dilihat tidak sealiran dengan UMNO akan dikecam dengan hebat oleh pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya dalam Mesyuarat Agong Tahunan UMNO . Parti-parti komponen dalam Perikatan/BN adalah disifatkan sebagai adik-adik dan UMNO adalah “Abang Long”. Dalam budaya Melayu, “ Adik-adik tidak boleh melawan Abang Long !”, walau pun keputusan “Abang Long” itu bukan lah keputusan yang terbaik !
Sebarang ketidakpuasan hati terhadap polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh UMNO dalam Perikatan/BN hendaklah dipendamkan sahaja. Sekiranya ada percubaan parti-parti komponen yang ingin melawan UMNO, parti-parti tersebut akan ditendangkeluar atau dilenyapkan. Itulah yang telah berlaku kepada USNO, BERJAYA, PPP dan PAS.
Berlainan pula dengan konsep kepimpinan PH[dahulunya Pakatan Rakyat(PR)].Daripada apa yang boleh kita kutip, dalam membuat sebarang keputusan besar dan penting, Majlis Presiden PH mengamalkan ciri konsensus(consensus) yang membawa erti mudah – persetujuan sebulat suara atau kata sepakat. Dikatakan sebarang keputusan penting dan besar seperti menentukan calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH.
Perlu kita akui, bukan semua keputusan besar itu boleh dibuat secara sebulat suara ! Berhadapan dengan kepentingan peribadi, kelompok dan agama, kadang kala amat terlalu sukar untuk mencapai suatu keputusan sebulat suara. Contohnya dalam membuat keputusan calon Perdana Menteri PH. Sampai sekarang Majlis Presiden PH masih belum dapat membuat sebarang keputusan.
Majlis Presiden PH mungkin dengan mudah dan tanpa mengambil masa yang panjang boleh bersetuju dalam mengatur strategi-strategi mengalahkan BN dalam PRU ke 14.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: