'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah

'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah
link : 'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah

Baca juga


'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah


Dr Ariffin Omar
Sentimen agama dan kaum terus ditiup pihak tertentu bagi menggugatkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Kali ini sasarannya Senator DAP, Dr Ariffin S.M Omar.
Laporan bertajuk "Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar" yang dimuat naik sebuah laman sesawang palsu telah  memutarbelit perbahasan Dr Ariffin dalam Sidang Dewan Negara, 19 April lalu dengan menyebut, "Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian".
Dr Ariffin ketika dihubungi menafikan dakwaan jahat itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.
Fitnah itu, katanya sengaja dibuat bagi mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada masalah sebenar yang membelenggu rakyat dan negara.
“Tak ada kerja lain. Ini sengaja timbulkan ketakutan. Mereka buat macam tu sebab tak mahu kita bahas mengenai isu rasuah,


Demikianlah Artikel 'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah

Sekianlah artikel 'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'P. Pinang bandar Kristian': Senator jadi sasaran fitnah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/p-pinang-bandar-kristian-senator-jadi.html
penyelewengan, isu pemimpin Umno tidak amanah dan seumpamanya,” katanya.
Menurut beliau, tindakan sesetengah pihak membangkitkan isu ‘Negara Kristian’ adalah usaha terdesak kerana perkara tersebut adalah mustahil memandangkan Islam adalah agama rasmi persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan.
“Apa yang ditimbulkan itu mencerminkan satu pemikiran yang cetek. Benda tu kalau ada orang gila nak cadangkan pun, kena pinda perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Ariffin berkata celahan beliau terhadap ucapan Senator Tan Sri Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah mengenai dakwaan ‘Negara Kristian’ adalah berunsur sindiran bagi menegaskan bahawa orang yang membangkitkan hal terbabit adalah berakal pendek.
Menurut beliau, cadangan tidak masuk akal seperti itu tidak mungkin terlaksana kerana memerlukan pindaan terhadap perkara-perkara dasar Perlembagaan.
Berdasarkan hansard Dewan Negara  DN-19042017 mukasurat 56, laporan berniat jahat portal terbabit didapati tidak memberi gambaran sebenar perbahasan berkenaan.
Pembaca boleh merujuk kepada hansard  perbahasan Dewan Negara melalui pautan ini.
http://ift.tt/2rujnaY

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :