'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...'

'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Baru, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel kejahatan, Artikel kriminal, Artikel Politik, Artikel sexual, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...'
link : 'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...'

Baca juga


'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...'



Demikianlah Artikel 'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...'

Sekianlah artikel 'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Saya Tak Sangka Isteri Sanggup Bertindak Macam Tu...' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/saya-tak-sangka-isteri-sanggup.html
Seorang lelaki tampil bersuara selepas video tindakan isterinya menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut ke arah pemandu kereta kerana berebut parkir di pekan Kuah, Langkawi tular di media sosial.

Video berdurasi 42 saat itu dipercayai dirakamkan oleh seorang wanita dalam kenderaan terbabit pada jam 7 malam dua hari lalu sebelum dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ann Lim dan mendapat lebih 3,000 'like' dan 11,000 perkongsian oleh netizen.

Muhammad Jefry Sudin, 33, berkata, kejadian itu berlaku sejurus dia meletak kereta yang turut dinaiki isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, di pakir kereta berhampiran tapak Bazar Ramadan di pekan Kuah.

"Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

"Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Jefry berkata, pemandu kereta terbabit mendakwa ruang kosong itu miliknya, selain melemparkan kata-kata kesat yang menimbulkan rasa marah isterinya sehingga tercetus perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut.

"Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.

"Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai," katanya.

Pada masa sama, Muhammad Jefry meminta orang ramai yang menonton video itu di laman sosial tidak membuat komen melulu dan menyalahkan isterinya 100 peratus tanpa mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Video berkenaan memaparkan suami isteri memaki hamun pemandu wanita dan insiden itu turut dirakam mangsa menggunakan telefon mudah alihnya.

Selain memaki hamun, wanita itu dilihat menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu sebelum membaling seliparnya pada cermin hadapan kereta.

Ketika pemandu wanita itu mahu beredar dari tempat kejadian, pasangan terbabit bersama ahli keluarga mereka sekali lagi menjerit dan memukul keretanya.

Berdasarkan 'posting' pemandu yang memuat naik video itu, dia mendakwa dia yang pertama tiba di pakir berhampiran bazar Ramadan dan menunggu kereta lain untuk keluar.

Katanya, dia juga memberi isyarat untuk memasuki tempat letak kereta sebelum dipintas kereta pasangan berkenaan yang kemudiannya meletak kenderaan mereka di situ.

Kejadian itu menyebabkan wanita itu membunyikan hon namun tidak beri laluan sebaliknya dimarahi oleh pasangan itu yang turut memukul keretanya.

Subscribe to receive free email updates: