Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan

Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Baru, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel kejahatan, Artikel kriminal, Artikel Politik, Artikel sexual, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan
link : Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan

Baca juga


Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan



Demikianlah Artikel Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan

Sekianlah artikel Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/06/tiga-jenazah-pelajar-tahfiz-selamat.html
Kuala Krai - Suasana pilu di tanah perkuburan Al Falah, berdekatan pusat Tahfiz Al Hashimi, di Kampung Tualang, di sini, ketika tiga daripada tujuh jenazah pelajar tahfiz yang maut dalam kemalangan van dikebumikan.

Hujan renyai mengiringi pengebumian Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Nik Shah Jehan Nik Azmi,16; dan Muhammad Hakimi Mohammad Dahalan, 17, dalam satu liang jam 12.10 tengah malam.

Lebih 100 ahli keluarga termasuk guru dan pelajar tahfiz hadir memberi penghormatan terakhir kepada ketiga-tiga arwah.

Empat lagi jenazah iaitu Muhammad Rahman Rozali, 17; Sarifuddin Mohamad,14, Ahmad Farhan Zulkifli,14 dan Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Terdahulu, empat jenazah termasuk Muhammad Rahman disembahyangkan di Masjid Al Hashimi diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman sebelum tiga daripada mereka dibawa di tanah perkuburan, berdekatan pusat tahfiz terbabit.

Muhammad Rahman dibawa ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, Bachok.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengasas Tahfiz Al Hashimi, Datuk Adnan Hashim.

Dalam kemalangan itu, tujuh pelajar tahfiz maut manakala tujuh lagi parah selepas van yang dinaiki terbabas sebelum merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Lima mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai.

Tujuh mangsa lagi termasuk dua guru pengiring dilaporkan parah dikejarkan Hospital Kuala Krai dan Hospital Machang untuk rawatan lanjut.


Subscribe to receive free email updates: