Judul : APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI?
link : APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI?
APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI?
Ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada Julai 2016 dahulu, Zahid Hamidi dengan pantas memberi jaminan pihaknya tidak ada masalah untuk meluluskan pendaftaran parti baru itu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, jika semua syarat-syaratnya sudah dipatuhi, beliau akan menyegerakan kelulusannya.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah di bawah tanggungjawab saya, kalau syarat-syaratnya dipenuhi, kelulusannya Insya Allah, akan disegerakan, demikian Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata.
Demikianlah Artikel APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI?
Sekianlah artikel APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/apa-jaminan-zahid-hamidi-kali-ini.html
21px;">Dan sebagaimana yang terbukti kemudian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad akhirnya menerima kelulusan pada 9 Ogos 2016, iaitu tidak lari daripada tempoh sebulan sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamid.
Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM sendiri ketika itu berkata, "Kita nak ucapkan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan dan Menteri Dalam Negeri kerana memberi kelulusan ini dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang pernah dijanjikan."
Kini, setelah PPBM didaftarkan, Tun Mahathir akan memasuki fasa kedua dengan mendaftarkan pula Pakatan Harapan, sebuah gabungan rasmi untuk menentang BN.
Sama seperti PPBM, Tun Mahathir juga adalah Pengerusi Pakatan Harapan.
Dengan struktur kepimpinan dan logo HAR🔺PAN sudah dipersetujui dan diumumkan minggu lalu, yang terpenting sekali ialah pendaftaran Pakatan Harapan itu akan membolehkan penggunaan satu logo untuk berlawan dengan dacing yang mewakili BN.
Permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan dijangka akan dikemukakan pada minggu depan.
Read More / Baca Lagi >>