Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja

Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja
link : Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja

Baca juga


Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja

Kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) membolehkan bekas perdana menteri itu menjadi penghubung antara mereka dengan raja-raja Melayu jika berjaya mengalahkan BN, kata seorang penganalisis politik.
Selain untuk menarik sokongan pengundi Melayu, James Chin berkata, HARAPAN sedar Datuk Seri Najib Razak dan BN tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah jika mereka kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kata pensyarah Institut Asia di Universiti Tasmania itu, BN mungkin cuba mengekalkan kuasa dengan mengisytiharkan darurat melalui Majlis Raja-Raja.
"Kumpulan ini sangat berkuasa. Yang di-Pertuan Agong perlu mengisytiharkan pemerintahan darurat dan baginda mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
"Walaupun Majlis Raja-raja mewakili kedaulatan Melayu, Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kedudukan sultan-sultan sepatutnya berada di atas politik.
"Bagaimanapun secara praktikalnya, mereka oleh menentukan siapa yang akan berada pada kedudukan teratas politik," katanya dalam satu rencana disiarkan portal The


Demikianlah Artikel Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja

Sekianlah artikel Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M permudah hubungan HARAPAN, raja-raja dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/dr-m-permudah-hubungan-harapan-raja-raja.html
Interpreter milik sebuah badan pemikir bebas berpangkalan di Sydney, Australia.
Boleh kurangkan kebimbangan
Beberapa tahun kebelakangan ini, kata Chin, tiga orang sultan campur tangan secara terbuka dalam pemilihan menteri besar di negeri masing-masing dan bertentangan dengan kehendak parti politik yang memenangi pilihan raya di situ.
"Hanya ahli politik yang terlalu bebal akan mengabaikan kehendak sultan-sultan Melayu," katanya lagi.
Justeru, kata Chin, di situlah Dr Mahathir boleh memainkan peranan penting walaupun bekas perdana menteri selama 22 tahun itu tidak gemari oleh sesetengah sultan.
"Sultan-sultan mengenalinya dengan baik.
"Walaupun ada yang tidak menyukainya, mereka tahu dia sebahagian daripada tokoh yang mempunyai pengaruh besar di kalangan Melayu dan akan memastikan dominasi Melayu dalam kerajaan baru.
"Dua lagi teras penting masyarakat Melayu - perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan - juga kemungkinan besar akan menerima kerajaan bukan BN dengan adanya Dr Mahathir," katanya.
Chin juga menjelaskan kebimbangan orang Melayu kepada DAP yang majoriti anggotanya adalah masyarakat Cina.
"Sebahagian besar orang Melayu takut kepada DAP yang dilihat mereka sebagai parti cauvinis Cina dan akan memusnahkan ketuanan Melayu serta ketuanan Islam jika mereka berjaya menguasai kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :