Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri

Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Baru, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel kejahatan, Artikel kriminal, Artikel Politik, Artikel sexual, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri
link : Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri

Baca juga


Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri



Demikianlah Artikel Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri

Sekianlah artikel Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Dapat Kelulusan ROS, Ezam Keluar Parti Sendiri dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/gagal-dapat-kelulusan-ros-ezam-keluar.html
Kuala Lumpur - Selepas mengejutkan banyak pihak dengan bertindak keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan berusaha menubuhkan sebuah parti bebas rasuah, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor hari ini umum undur diri daripada partinya sendiri.

“Pengunduran ini dilakukan kerana setelah menunggu 2 bulan (31 Mac – 31 Mei) untuk mendapat kelulusan penukaran nama dan perlembagaan daripada Pendaftar Pertubuhan, kita masih belum mendapat apa-apa jawapan daripada mereka.

“Keadaan ini menyukarkan kita untuk bergerak sebagai sebuah parti yang khusus dengan matlamat melawan rasuah dan membantutkan agenda besar perjuangaan menentang rasuah yang kritikal di negara ini sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan pengumuman ini, Ezam merupakan pemimpin kedua meletak jawatan daripada parti tersebut yang turut dikenali sebagai Parti Bebas Rasuah, selepas Khairuddin Abu Hassan keluar daripada parti tersebut.

Untuk rekod, pada Mac yang lalu kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu berganding bahu menubuhkan parti baharu yang bermatlamatkan memerangi rasuah.

Dalam pada itu, Ezam turut menyatakan hasratnya untuk kembali menumpukan gerak kerja melawan rasuah menerusi Hisbah Centre yang diasaskan beliau beberapa tahun lepas.

“Saya ingin merakamkan rasa penghargaan kepada seluruh kepimpinan parti Generasi Baru yang menawar dan memberikan kepercayaan kepada saya menerajui parti dengan cita-cita memantapkan gerakan melawan rasuah di negara ini melalui sebuah parti.

“Malangnya, realiti di negara kita hari ini, pihak pemerintah masih jelas tidak selesa dengan sebarang usaha khusus menentang rasuah dan menggunakan segala alat pemerintahan yang ada untuk membantutkan cita-cita kita," tegas beliau.

Ezam juga menegaskan beliau tetap percaya semangat dan cita-cita untuk melihat negara ini menuju ke arah negara bebas rasuah tidak tergugat.

Subscribe to receive free email updates: