Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’

Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’ - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’
link : Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’

Baca juga


Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’



Demikianlah Artikel Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’

Sekianlah artikel Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/gula-gula-pilihanraya-selepas-peneroka.html
Najib mengumumkan 5 insentif dengan memfokuskan kepada pesara tentera tidak berpencen dan kategori B40.
insentif-kepada-tenteraSERI KEMBANGAN: Selepas perdana menteri mengumumkan 6 insentif untuk peneroka dan warga Felda, hari ini giliran tentera pula menerima “hadiah” daripada kerajaan.
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan insentif kepada tentera, terutama kepada tak berpencen dan yang tergolong dalam kumpulan B40.
“…Hari ini saya datang bukan sebarang datang (tetapi) untuk menunjukkan kerajaan hari ini bukan setakat manis di bibir.
“Kita akan mengumumkan beberapa pakej tertentu khusus untuk para veteran,” katanya disambut tepukan hadirin ketika merasmikan Perhimpunan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 yang dihadiri kira-kira 15,000 pesara sempena Hari Pahlawan hari ini.
Berikut adalah 5 pengumuman yang dibuat Najib:
1. Bantuan Bakti Negara (BBN) iaitu bantuan tahunan berjumlah RM1,200 kepada pesara tidak berpencen.
Sehingga Mei 2017, sejumlah 288,952 pesara tentera dengan 59% (179,581) daripadanya tidak menerima pencen.
Seramai 66,000 orang bakal menerima bantuan ini dengan senarai diambil daripada senarai penerima BR1M. Bantuan BR1M terhadap mereka juga dikekalkan.
Bagi yang tiada dalam senarai pula, mereka akan menerima RM600 setahun dengan syarat berusia 60 tahun ke atas. Seramai 10,959 pesara yang akan mendapat manfaat.
2. Skim Anuiti Veteran (SAVe) bagi tentera yang masih berkhidmat tetapi berhasrat untuk bersara awal.
Mereka yang bakal menjadi pesara tidak berpencen ini akan mendapat pendapatan bulanan seumur hidup dan boleh diserahkan kepada waris yang layak selepas meninggal dunia.
3. Penyelarasan pencen hilang upaya kepada pesara dan bekas askar wataniah yang berkhidmat kurang 10 tahun kerana cedera ketika berkhidmat dan tidak mendapat pencen perkhidmatan.
Pencen hilang upaya yang sebelum ini serendah RM65 sebulan akan dinaikkan daripada 300-800% berdasarkan tahap kecederaan, gaji ketika berkhidmat dan tempoh perkhidmatan.
4. Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan sebanyak RM1,000 setahun kepada pesara yang mengalami kelainan upaya selepas bersara.
RM500 diambil daripada Tabung Pahlawan manakala RM500 lagi menggunakan peruntukan kerajaan.
5. Penambahan kuota jemaah haji khas kepada pesara daripada 100 kepada 400 orang setahun.
Dalam majlis yang sama, Najib turut merasmikan pelancaran Tabung Pahlawan 2017 serta mengumumkan penambahan RM5 juta ke dalam tabung itu daripada peruntukan kerajaan.
“Dengan semangat yang anda perlihatkan hari ini semoga menjadi iktibar kepada generasi muda,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: