Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya

Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya
link : Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya

Baca juga


Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya



Demikianlah Artikel Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya

Sekianlah artikel Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu rumah generasi baharu Felda di Hulu Selangor cetus tanda tanya dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/isu-rumah-generasi-baharu-felda-di-hulu.html

Syafiq Musa"Apa yang kami mahu pada tahap asas anak peneroka ada rumah yang selesa. Kalau untuk tambah, cantikkan rumah, itu nombor dua. Sedihnya, apa yang berlaku sekarang lebih kepada hendak menjual rumah,"
Pembinaan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Hulu Selangor didakwa masih berdepan masalah untuk disiapkan.
Generasi ketiga peneroka Felda Gedangsa, Syafiq Musa memberitahu masalah tersebut berlarutan sehingga hari ini sejak pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lagi.
Beliau ketika ditemui Malaysia Dateline di kediamannya baru-baru ini berkata, isu berkenaan dapat dilihat pada apa yang berlaku di Felda Sungai Tengi Selatan.
"Sampai sekarang tidak selesai. Tanah sudah ada, Menteri Besar sejak zaman Khalid Ibrahim sampai sekarang, tanah itu masih belum dibangunkan.
"YB Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani) pun kata sebelum ini projek sudah mula.
"Tapi bila kita pergi tengok, tapak itu masih semak-samun. Anak-anak peneroka tertunggu-tunggu. Bila mahu mula? Hal ini sudah lama berlarutan entah bila lagi mahu bertukar menteri besar," keluhnya.
Terdapat empat tanah rancangan Felda di Hulu Selangor yang menyaksikan keperluan mendesak rumah generasi baharu
Terdapat empat tanah rancangan Felda di Hulu Selangor yang menyaksikan keperluan mendesak rumah generasi baharu.
Projek PGBF yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 menyasarkan pembinaan 20,000 rumah pada harga berpatutan untuk generasi kedua Felda.
Semasa mula diumumkan, Felda berhasrat mahu menjual rumah berkenaan pada harga antara RM70,000 hingga RM90,000 seunit.
Mengulas lanjut, Syafiq berkata, status tanah untuk pembinaan rumah generasi baharu peneroka itu difahamkan bukan lagi di bawah Felda.
"Tanah itu memang di bawah kerajaan negeri. Anak-anak peneroka buntu apa sebenarnya halangan di pihak kerajaan negeri. Kami juga pernah mencadangkan harga rumah sekitar RM50,000 dalam satu sesi dialog sebelum ini.
"Apa yang kami mahu pada tahap asas anak peneroka ada rumah yang selesa. Kalau untuk tambah, cantikkan rumah, itu nombor dua. Sedihnya, apa yang berlaku sekarang lebih kepada hendak menjual rumah," luahnya.
Beliau juga menyarankan kerajaan negeri melakukan penyelarasan daripada segi pembiayaan pinjaman rumah memandangkan majoriti anak peneroka tiada slip gaji.
"Bila isu-isu ini tidak selesai, kaedah pembayaran pinjaman jadi masalah. Sepatutnya kerajaan negeri sudah buat polisi berkaitan tapi sekarang belum ada lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: