'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM

'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM
link : 'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM

Baca juga


'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM



Demikianlah Artikel 'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM

Sekianlah artikel 'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Jangan fikir ahli politik boleh tidur lena' - SPRM dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/jangan-fikir-ahli-politik-boleh-tidur.html
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menasihati semua parti politik supaya meletakkan calon bebas daripada rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan bertindak agresif terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa hanya selepas berakhirnya pilihan raya.
“Saya suka menasihatkan semua parti-parti politik agar memilih calon-calon pilihan raya yang benar-benar bersih dan tidak dicemari dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.
“Jika berdegil juga, kesannya pasti pahit untuk ditelan. Saya belum lagi memungkiri janji saya. Jika tidak percaya, saya persilakan mana-mana parti politik untuk mengabaikan amaran saya ini,” kata Dzulkifli dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia.
Kata Dzulkifli, pihaknya tidak mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik sebelum PRU14 kerana tidak mahu dijadikan alat atau modal kempen oleh parti-parti politik.
“Namun demikian jangan pula hanya kerana kenyataan saya ini maka ahli-ahli politik fikir SPRM akan tidur lena dan mereka pula bebas untuk terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa sewenang-wenangnya.
“Sekiranya didapati kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ini begitu jelas dilakukan dengan bukti mencukupi maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sementara itu Dzulkifli ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang sering tidak berpuas hati dengan SPRM berkata beliau tidak terusik dengan sebarang kritikan malah sangat terbuka menerima pandangan yang diberikan secara jujur.
“Oleh itu saya tidak berasa terusik, terganggu atau terkesan dengan serangan-serangan yang beragendakan politik murahan," katanya.

Subscribe to receive free email updates: