Judul : Kit Siang petik ayat al-Quran nasihat AG
link : Kit Siang petik ayat al-Quran nasihat AG
Kit Siang petik ayat al-Quran nasihat AG
Demikianlah Artikel Kit Siang petik ayat al-Quran nasihat AG
Sekianlah artikel Kit Siang petik ayat al-Quran nasihat AG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang petik ayat al-Quran nasihat AG dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/kit-siang-petik-ayat-al-quran-nasihat-ag.html
Pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini memetik dua ayat Al-Quran untuk menasihati Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya sentiasa berpegang kepada kebenaran dan melawan kebatilan.
Beliau memetik ayat daripada Surah al-Baqarah: “Janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi” (2:60) dan “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya” (2.42).
Kit Siang mengulas penafian Apandi terhadap dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa beliau menyembunyikan bukti mengenai skandal 1MDB.
“Saya tidak takut sesiapa pun termasuk Dr Mahathir. Saya tidak tahu mana-mana orang, tetapi saya takut Allah.
“Apa sahaja yang saya buat sebagai peguam negara semuanya berdasarkan kepada fakta sedia ada yang terkandung dalam kertas siasatan. Tiada apa untuk disembunyikan,” kata Apandi seperti dipetik FMT.
Menurut Kit Siang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum menjawab desakan supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk skandal 1MDB, seperti mana RCI yang diumumkan bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia “yang berlaku suku abad yang lalu”.
Isnin lalu, berucap dalam ceramah di Shah Alam, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata Apandi akan disoal sama ada beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB sekiranya Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Saya bukan peguam. Tapi saya tahu jenayah bukan OSA. Dan bila ia jenayah, kena lapor bukan kena sembunyi.
"Peguam negara lakukan kesalahan besar sembunyikan bukti jenayah. Satu hari dia kena jawab, sebab itu kita kena menang.
"Kita boleh tanya, hei AG, kau buat salah jenayah ke?" kata Dr Mahathir.
Tahun lalu, Apandi membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB.
Datuk Seri Najib Razak turut menafikan sebarang salah laku dan berkata, RM2.6 bilion yang diterimanya adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional.
Apandi menggantikan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 28 Julai 2015.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan berkata, perkhidmatan Gani ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab kesihatan.