Judul : Mahathir a/l Iskandar Kutty: Khairuddin buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid
link : Mahathir a/l Iskandar Kutty: Khairuddin buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid
Mahathir a/l Iskandar Kutty: Khairuddin buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid
Demikianlah Artikel Mahathir a/l Iskandar Kutty: Khairuddin buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid
Sekianlah artikel Mahathir a/l Iskandar Kutty: Khairuddin buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahathir a/l Iskandar Kutty: Khairuddin buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/mahathir-al-iskandar-kutty-khairuddin.html
Laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mendedahkan maklumat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini, yang turut menamakan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Khairuddin mendakwa Zahid berniat jahat dengan mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.
Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.JPN berada bawah bidang kuasa kementeriannya.
Sementara itu, Khairuddin berkata Zahid dan JPN telah melakukan kesalahan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi susulan langkah itu.
“Timbalan perdana menteri dan ketua pengarah JPN telah menyalahgunakan data peribadi untuk agenda peribadi,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.