Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen

Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen
link : Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen

Baca juga


Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen



Demikianlah Artikel Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen

Sekianlah artikel Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendirian speaker dalam isu 1MDB defisit fungsi Parlimen dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/pendirian-speaker-dalam-isu-1mdb.html
Parlimen Malaysia masih gagal meletakkan keterbukaan kepada wakil rakyat memeriksa dan menyemak ketelusan kerajaan dalam mengendalikan wang rakyat.
pandikar-1mdb
Oleh Mohammad Fakhrurrazi Rashid
Penolakan sebanyak 30 soalan 1MDB oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia merupakan 1 petanda bawah fungsi Parlimen Malaysia kian merosot kerana tidak dapat memberi maklumat atas kepentingan rakyat tentang urus tadbir kerajaan.
Parlimen Malaysia masih gagal meletakkan keterbukaan kepada wakil rakyat memeriksa dan menyemak ketelusan kerajaan dalam mengendalikan wang rakyat. Hal ini memberi defisit kepada peranan parlimen menyemak ketelusan kerajaan.
Hujah speaker menggunakan Peraturan Mesyuarat 23 dalam isu ini bersesuaian dengan kuasa yang diberikan. Tetapi, peraturan tersebut merupakan 1 kelemahan Parlimen Malaysia kerana meletakkan pelbagai syarat yang tidak mendorong semak dan imbang terhadap kerajaan.
Peraturan 23(1) mengariskan 13 kriteria isi-isi pertanyaan yang boleh ditanya oleh wakil rakyat yang memberi kelebihan kepada Menteri berbanding ahli Parlimen. Peraturan 23(2) jelas memberi justifikasi bahawa soalan yang membangkitkan sakit hati bermusuhan antara kaum tidak dibenarkan. Malah, peraturan ini masih terikat dengan Akta Hasutan 1948. Isu 1MDB pula berkenaan urus tadbir negara dan tidak munasabah untuk ditolak kerana ia soal kepentingan rakyat.
Peraturan 23(4) juga memberi kebenaran kepada menteri untuk enggan menjawab pertanyaan diajukan kepada wakil rakyat dengan alasan ‘mempertahankan kepentingan orang ramai’. Justifikasi ini sebenarnya memberi kerugian buat negara apabila menteri diberikan keistimewaan untuk tidak menjawab pertanyaan wakil rakyat. Sedangkan Perkara 43(3) jelas mewajibkan jemaah menteri bertanggungjawab ke atas Parlimen iaitu menjawab segala pertanyaan dan perbahasan daripada wakil rakyat.
Peraturan Mesyuarat 23 Dewan Rakyat memperlihatkan betapa sukarnya wakil rakyat untuk menyemak ketelusan kerajaan di Dewan Rakyat. Perkara ini membuatkan jawapan menteri dan sikap mereka untuk memberi jawapan tepat dan telus tidak akan tercapai. Menteri lebih suka beretorik politik kedai kopi berbanding fakta yang jelas.
Walaupun Parlimen Malaysia kini mengalami beberapa pembaharuan seperti Minister Question Time (MQT) dan Kamar Khas tetapi ia masih tidak mencapai sebuah praktis demokrasi yang seimbang. Ketiadaan seorang speaker Dewan Rakyat yang memberi komitmen untuk memartabatkan demokrasi berparlimen Malaysia merupakan sebuah kegagalan terbesar dalam usaha transformasi parlimen.
Sebenarnya, speaker Dewan Rakyat mempunyai peluang menerangkan keputusan menolak soalan berkaitan soalan 1MDB yang ditolak dalam Dewan Rakyat. Tetapi, beliau memilih untuk membuat sidang media menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: