PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB

PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB
link : PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB

Baca juga


PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB

NAJIB perlu memberi maklum balas terhadap cadangan parlimen United Kingdom untuk membincangkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes kleptokrasi, kata Nurul Izzah Anwar.
Naib Pengerusi PKR itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, lebih lama Perdana Menteri Najib Razak berdiam diri akan lebih terus jejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
“Keengganan kerajaan Najib Razak memberi maklum balas terhadap cadangan ini hanya akan menjejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
“Cadangan itu mengenai penyalahgunaan dana 1MDB yang sudah dibentangkan di Parlimen UK pada 18 Julai oleh ahli Parlimen Ann Clwyd,” kata Nurul.
Katanya, ia pertama kali dalam sejarah Malaysia kes 1MDB dibentangkan di sidang parlimen negara asing dan ia merupakan kes terbesar kleptokrasi yang pernah dibongkar oleh Jabatan Keadilan Amerika


Demikianlah Artikel PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB

Sekianlah artikel PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM perlu beri maklum balas cadangan UK terhadap skandal 1MDB dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/pm-perlu-beri-maklum-balas-cadangan-uk.html
Syarikat (DoJ).
Menurut laman web rasmi Parlimen UK, cadangan itu adalah untuk siasatan ke atas penyelewengan berbilion dolar daripada firma dana awam itu.
Cadangan itu turut meminta siasatan mengenai sekatan berterusan kebebasan bersuara di Malaysia dan penyalahgunaan Akta Hasutan.
“Cadangan itu turut menyentuh mengenai kebebasan bersuara dan penyalahgunaan Akta Hasutan yang menyasarkan kritikan kerajaan, terutamanya ahli politik pembangkang termasuk Anwar Ibrahim di mana prosiding kehakiman adalah di bawah standard antarabangsa,” kata Nurul.
Yang terakhir, cadangan itu turut meminta Putrajaya membenarkan pemerhati antarabangsa termasuk dari negara Komanwel untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Ini akan membuktikan kerajaan komited kepada pilihan raya telus dan adil terutamanya ketika Malaysia akan menjadi pengerusi Komanwel pada tahun 2020,” kata Izzah.
Cadangan itu mendapat sokongan daripada empat ahli parlimen UK iaitu Ann Clwd daripada Parti Buruh, Alan Brown dan Chris Law dari Parti Nasiona Scotland dan Jim Shannon dari Parti Penyatuan Demokrat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :