Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkenaan pendidikan percuma.
Pendidikan percuma jika Pakatan Harapan tawan Putrajaya “Pendidikan, termasuk pendidikan tinggi berada di bawah senarai Persekutuan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Menurut laporan berita, beliau telah mencabar Selangor untuk melaksanakan pendidikan percuma untuk universiti milik Kerajaan Selangor, Unisel.
“Kenyataan ini sengaja hendak mengelirukan kerana menteri lebih suka berpolitik daripada membincangkan fakta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, belanjawan Kerajaan Selangor hanyalah RM3 bilion berbanding belanjawan Kerajaan Persekutuan yang mencecah RM260 bilion, walaupun Selangor menyumbang lebih daripada