Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut

Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Baru, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel kejahatan, Artikel kriminal, Artikel Politik, Artikel sexual, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut
link : Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut

Baca juga


Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut



Demikianlah Artikel Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut

Sekianlah artikel Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/pulmonary-embolism-boleh-jadi-sebab-ibu.html
Kematian seorang ibu baru bersalin yang ditemui dengan dua anak kecilnya di sisi beberapa hari lalu memang cukup menyedihkan. Bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat paru-paru berair dan masalah jantung.

Namun harus diketahui ada beberapa lagi keadaan yang boleh menjadi punca ibu baru bersalin mati mengejut.

Berikut adalah perkongsian Dr. Mardiana Kipli, Pakar Obsterik dan Ginekologi dari Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak tentang perkara ini.

Ibu baru bersalin dan juga suami disarankan peka dengan tanda-tanda masalah ini.

Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru

Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.

Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.

Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar.

Ibu baru bersalin kena peka tanda-tanda

Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.

Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism.


Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.

Ibu ini lebih berisiko mengalami pulmonary embolism

Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:

1. Berumur lebih daripada 35 tahun

2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang

3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari

4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2

5. Menjalani pembedahan caesarean

6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam

7. Dehidrasi

8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu

9. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)

10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin

11. Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome

12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.

13. Kandungan kembar

14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Tanda-tanda awal selalu diambil ringan oleh ibu

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa.

Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi.

Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:

- Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)

- Sukar untuk bernafas

- Sakit dada

- Batuk berdarah

- Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.

Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.

Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.

Apa perlu buat kalau termasuk golongan berisiko tinggi?

‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’

Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:

- Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi

- Aktif bergerak dan berjalan

- Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh

- Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kes jarang diumumkan

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial.

Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.

Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas.

Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

- Oleh: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.

Rujukan:

Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015

Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013

Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39

Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226

Sumber: http://ift.tt/1fKYmGZ

Subscribe to receive free email updates: