SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib

SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib
link : SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib

Baca juga


SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib



Demikianlah Artikel SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib

Sekianlah artikel SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM diminta siasat dakwaan pegawai perisik tentera terima RM7 juta dari Najib dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/sprm-diminta-siasat-dakwaan-pegawai.html
AGENSI penguatkuasa pencegahan rasuah diminta untuk menyiasat dakwaan yang ketua perisik tentera menerima RM7 bilion daripada Perdana Menteri Najib Razak beberapa minggu sebelum pilihan raya umum 2013.
Bekas juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia, Zaidi Ahmad membuat laporan berkenaan di Pulau Pinang hari ini selepas dakwaan itu pertama kali didedahkan dalam laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report awal minggu ini.
Dakwaan itu kemudiannya dilaporkan portal berita Malaysiakini.
Laporan itu mendakwa yang seorang pegawai atasan daripada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan menerima RM7 juta daripada Najib pada 2013.
Zaidi, bekas mejar tentera udara berkata dakwaan yang Najib membayar jutaan ringgit kepada seorang pegawai atasan tentera sebelum pilihan raya mengundang pelbagai persoalan.
Katanya lagi Najib patut menyaman Sarawak Report dan pegawai terlibat perlu membuat laporan polis sekiranya dakwaan itu tidak benar.
“Najib sebelum ini berkata yang dia menerima derma daripada keluarga di raja Arab Saudi tetapi membayar RM7 juta kepada seorang pegawai tentera beberapa minggu sebelum pilihan raya umum ke 13 menimbulkan banyak persoalan.
“Bayaran dibuat untuk perkhidmatan dan kerja. Tetapi kerja apa yang dilakukan pegawai itu sehingga membolehkan dia menerima bayaran besar? Selaku seorang pegawai atasan tentera, dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan lain.
“Adakah kerja itu melibatkan salah guna anggota, peralatan dan pangkalan data yang merupakan milik perkhidmatan Yang di Pertuan Agong, dan sepatunya menjadi rahsia?” kata Zaidi hari ini.
Dia juga mempersoalkan sekiranya “kerja” yang dibekalkan melibatkan apa-apa bentuk penipuan pilihan raya termasuklah pendaftaran pengundi, pemindahan dan undi anggota tentera, tentera pasukan simpanan khas, dan keluarga mereka bagi memastikan Barisan Nasional memenangi pilihan raya.
Katanya lagi, pemberian “hadiah” sama ada dalam bentuk wang atau barangan lain kepada penjawat awam ialah satu bentuk korupsi; apatah lagi kepada seorang pegawai atasan tentera yang “mengetahui banyak rahsia negara, dan mempunyai kuasa kawalan ke atas aset tentera seperti anggota, peralatan dan maklumat rahsia”.
“Bagi mendapatkan kembali keyakinan rakyat, perdana menteri perlu mengambil tindakan undang-undang kepada Sarawak Report, seperti yang dilakukan PAS baru-baru ini,” kata Zaidi.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini menyaman Ketua Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown kerana fitnah berkenaan rencana yang mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: