Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar

Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar
link : Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar

Baca juga


Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar



Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/tuan-ibrahim-sependapat-dengan-mahathir.html
KUALA LUMPUR: Dua pemimpin kanan Pas memberi pandangan berbeza mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa konspirasi politik.
Malaysiakini melaporkan, akhbar rasmi Pas Harakah memetik timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir adalah konsisten dengan apa yang dikatakan parti itu – bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri adalah mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie.
“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya Pas sudah lama memperkatakan mengenainya.
“Pas sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah.
“Ini kita harapkan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Beliau dan penyokongnya mendakwa bahawa pertuduhan berkenaan bermotivasi politik.
Tuan Ibrahim berkata, Anwar diakui menjadi mangsa politik BN, di mana beliau dipecatkan daripada kerajaan dan ditumbuk sehingga lebam mata.
“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya Pas sudah lama memperkatakan mengenainya.
“Dan akhir-akhirnya selepas tiada tokoh lain maka Pakatan Harapan cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.
Beliau dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir itu sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: