Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak

Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Baru, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel kejahatan, Artikel kriminal, Artikel Politik, Artikel sexual, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak
link : Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak

Baca juga


Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak



Demikianlah Artikel Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak

Sekianlah artikel Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Dua Anak dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/wanita-dalam-pantang-ditemui-mati-di.html
Kulai - Luluh hati seorang suami apabila pulang dari kerja dan mendapati isterinya, yang juga seorang guru dalam pantang kerana melahirkan anak, meninggal dunia di sisi dua anak yang masih kecil.

Kejadian pilu itu berlaku di Taman Putri Kulai pada Selasa apabila suami guru berkenaan yang berusia 35 tahun pulang ke rumah pada jam 8.30 malam selepas selesai tugas sebagai pemandu lori.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berkata Siti Rohana Redzuan, 36, ditemui tidak bernyawa di atas katil manakala dua anak mereka yang berusia 48 hari dan 19 bulan berada di sisi.

Difahamkan guru wanita berkenaan sebelum itu berpantang di rumah ibu berhampiran taman itu sebelum pulang ke rumah sendiri beberapa hari lalu.

Razak berkata pada hari kejadian, suami mangsa keluar bekerja kira-kira jam 6.30 pagi dan ketika itu arwah sedang tidur.

"Kira-kira jam 8.30 malam, ketika suaminya pulang ke rumah mendapati isterinya berada di atas katil dalam keadaan kaku dan pasukan perubatan Hospital Kulai yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Suami mangsa menyatakan isterinya dalam tempoh cuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak kedua, manakala anak sulungnya berusia setahun tujuh bulan.

"Ketika kejadian, kedua-dua anaknya berada di sisi ibunya dalam keadaan terjaga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kisah guru berkenaan juga menjadi viral di media sosial.

Razak berkata, proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kulai, pagi semalam mendapati punca kematian mangsa disebabkan paru-paru berair dan masalah jantung.

Sementara itu, suami mangsa ketika ditemui di rumahnya petang tadi, enggan memberi sebarang ulasan kerana terlalu sedih.

Subscribe to receive free email updates: