1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010

1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010 - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010
link : 1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010

Baca juga


1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010



Demikianlah Artikel 1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010

Sekianlah artikel 1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010 dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/1mdb-dikecualikan-cukai-pendapatan.html

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia selaras dengan Seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pengecualian cukai ini juga termasuk cukai keuntungan harta tanah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri) di Dewan Rakyat.
Dalam soalannnya, Teck Hwa meminta Menteri Kewangan menyenaraikan pembayaran cukai syarikat, zakat perniagaan dan cukai hartanah yang telah dibayar 1MDB dari 2013 hingga 2017.
Najib berkata, pengecualian cukai itu bagaimanapun tidak merangkumi anak syarikat lain seperti Edra dan anak syarikatnya yang telah peroleh 1MDB selepas 2010.
“Selaras dengan ini, pembayaran cukai syarikat di dalam dan di luar negara adalah seperti berikut: 2013 (RM199, 058,000), 2014 (RM212, 911, 000), 2015 (RM259, 168,000), 2016 (tiada – Edra telah dijual pada 2016), 2017 (tiada),” katanya.
Sementara itu, katanya, selaras dengan Pelan Rasionalisasi, 1MDB hanya mempunyai 16 pekerja tempatan ketika ini,17 pekerja (Disember 2016) dan 35 pekerja (Disember 2015).
Manakala, bagi pekerja luar negara, beliau berkata, 1MDB mempunyai seorang pekerja pada Disember 2013 dan dua orang (Disember 2014).

Subscribe to receive free email updates: