1MDB tunggu BN kalah sahaja

1MDB tunggu BN kalah sahaja - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB tunggu BN kalah sahaja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB tunggu BN kalah sahaja
link : 1MDB tunggu BN kalah sahaja

Baca juga


1MDB tunggu BN kalah sahaja

Oleh Subky Latif 

SISTEM pemerintahan Malaysia berada di jalan buntu bagi mengendalikan skandal 1MDB yang sudah makan masa bertahun-tahun sekarang.
    
Kerajaan BN adalah kerajaan yang sudah sinonim rasuah, tetapi kerajaan Najib lebih teruk sinonim dengan puaka 1MDB, satu rompakan besar kerajaan oleh kerajaan BN yang tiada siapa tahu untuk menyelesaikannya.
     
Semua tahu sejak mulai lagi, sebaik saja Najib mengambil alih kuasa, 1MDB dibentuk sebagai badan pelaburan Kementerian Kewangan, yang tidak menjalankan urusan pelaburan sangat tetapi jadi badan merompak Kementerian Kewangan.
    
Keburukan syarikat Najib itu diketahui oleh semua, rakayt jelata, sekalian pemimpin dan ahli-ahli UMNO, seisi keluarga Njib sendiri, bahkan oleh  setiap keluarga istana. Baunya tidak tercium, mengalahkan bau roh  ahli maksiat yang baru mati, yang malaikat usung ke langit, melentung seisi ruang antara bumi dan langit.
   
Kalau roh yang paling busuk itu Firaun dan Abu Lahab, bau 1MDB lebih teruk. Tiada siapa yang dapat mencegah dan menghukumnya, kerana ketua perompak itu ialah Firaun dan Abu Lahab


Demikianlah Artikel 1MDB tunggu BN kalah sahaja

Sekianlah artikel 1MDB tunggu BN kalah sahaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB tunggu BN kalah sahaja dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/1mdb-tunggu-bn-kalah-sahaja.html
sendiri, orang paling berkuasa di muka  bumi. Mereka tidak mungkin bertindak atas diri sendiri. Jika Firaun membenarkan tindakan dikenakan ke atasnya, maka tidaklah dia bernama Firaun.
   
Semua sistem semak dan imbang dalam kerajaan telah dibuka untuk menyiasat rompakan itu, tetapi semuanya dibuka bukan untuk menyiasat tetapi untuk ditutup. Semua kaki penyiasat dibebaskan dari kerja menyiasat.
    
Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, ketua SPRM, Ketua Audit Negara dan lain-lain tidak menyambung perkhidmatan lagi. Semua usul balik asal, 1MDB tidak diusik langsung, selagi Putrajaya di bawah BN dan selagi Najib Perdana Menteri dan menteri kewangan.
    
Saya terbaca biografi Tun Abdullah Ayub antranya menyebut, Perdana Menteri Tun Razak pernah bercadang untuk menjadi menteri kewangan, nasihat Tun Abdullah, jika menteri kewangan juga Perdana Menteri, nescaya tiada siapa dapat merayu kepada Perdana Menteri atas kelemahan menteri kewangan.
    
Tun Razak membatalkan niatnya.  Punca kerosakan ialah Perdana Menteri juga menteri kewanan.
    
PM Najib tidak menghalang pembentukan badan penyiasat, tetapi membiarkan ia tidak menyiasat. Pakar pendidikan Melayu berseminar membincangkan kerugian pendidikan Melayu jika pengajian terus dalam bahasa Inggeris. Kata Najib masa menutup seminar, kalau tuan-tuan bimbang saya lebih bimbang. Tetapi dia tak buat apa-apa.
      Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :