Judul : 80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno
link : 80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno
80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno
Melihat kepada senario politik terkini, Umno-BN di Parlimen Tasek Gelugor tidak lagi mampu untuk mendapat kemenangan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Demikian dizahirkan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tasek Gelugor, Azmi Alang ketika ditemui semalam.
Jelas beliau lagi, keahlian Bersatu yang telah mencecah lebih 3,000 ahli kini merupakan tamparan hebat kepada Umno Bahagian Tasek Gelugor yang diterajui oleh Shabudin Yahaya selaku Ahli Parlimen.
"Lebih 80 peratus ahli Bersatu di Parlimen Tasek Gelugor kini adalah terdiri dari pimpinan Umno cawangan dan penyokong tegar mereka.
"Selain itu terdapat juga ahli Pas yang telah muak dengan permainan politik pemimpin atasan mereka menyertai Bersatu dan juga Parti Amanah Tasek Gelugor.
"Yang terbaru ialah penyertaan 120 orang lagi ahli Umno yang menyerahkan borang kemasukan mereka yang mewakili cawangan Permatang Tok Bidan, Permatang Binjai, Permatang Tok Jaya dan Pekan Darat," ujarnya lagi.
Demikianlah Artikel 80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno
Sekianlah artikel 80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/80-peratus-ahli-bersatu-tasek-gelugor.html
cellpadding="0" cellspacing="0" class="moduletable">
Umno gagal bela orang kampung
Menurut Azmi lagi, kegagalan Umno Bahagian memberi pembelaan terhadap golongan miskin dan orang kampung menyebabkan mereka semakin tertekan dan menyertai pembangkang.
"Umno di Parlimen Tasek Gelugor hanya mementingkan temolok pemimpin dan mengkayakan kroni-kroni mereka secara melampau.
"Dahulu semasa Datuk Seri Shariff Omar memimpin Umno Tasek Gelugor, beliau telah berjaya melaksanakan pengambilan tanah untuk pembinaan Masjid Simpang Tiga yang berdiri megah kini.
"Namun kini, Umno Tasek Gelugor sudah tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberi pembelaan kepada golongan marhaen khususnya yang semakin bercambah miskin di kampung-kampung," tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, kesedaran yang ada pada golongan luar bandar kini menyebabkan mereka mulai bangkit dan menolak kepimpinan Umno.
"Kehadiran Zahid Hamidi dengan program kenduri rakyat di Tasek Gelugor minggu lalu tidak mampu untuk menambah keahlian Umno di Parlimen ini.
"Sebaliknya kehadiran beliau selepas kenduri rakyat yang sama dianjurkan oleh Najib di Permatang Pauh itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada pengundi dan rakyat di kedua-dua buah Parlimen tersebut.
"Mereka kerahkan semua agensi kerajaan, pelajar sekolah, maktab dan penjawat awam untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada kedua-dua pemimpin Umno tersebut, bukanlah kehadiran atas kerelaan tetapi kerana terpaksa, " katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>