Judul : APAKAH MELAYU HAPRAK ITU ZAHID HAMIDI?
link : APAKAH MELAYU HAPRAK ITU ZAHID HAMIDI?
APAKAH MELAYU HAPRAK ITU ZAHID HAMIDI?
Dalam hati saya selama ini masih mengharapkan Ahmad Zahid Hamidi menjadi pengganti kepada Najib Razak. Alasan utama saya ialah kerana beliau berasal dari orang kampung, di masa kecilnya dia pernah melalui hidup susah pernah menjual aiskrim dan kupas kelapa. Latar hidup itulah menarik hati saya. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu melihat lagi anak bangsawan meneruskan legasi kebangsawanan sebelum ini menjadi perdana menteri Malaysia.
Jawatan itu hanya selangkah lagi akan menempatkan beliau di kerusi keramat PM. Zahid diharap menjadi anak kampung, golongan marhaen pertama untuk menjadi PM Malaysia. Sesuailah untuk Malaysia kalau mempunyai PM dari kalangan orang kampung setelah ia dimulai dengan keturunan raja – feudal, (Tunku Abdul Rahman) kemudian kelas menengah dan teknokrat (Razak Hussein dan Hussein Onn), anak pendidik Dr Mahathir Mohamad, cucu ulama Abdullah Ahmad Badawi kemudian anak bangsawan moden, Najib Razak hari ini. Itu yang hati kecil saya harapkan.
Sesungguhnya harapan saya secara peribadi lebih besar kepada beliau berbanding dengan bekas-bekas TPM sebelum ini, Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Walaupun dari segi ketinggian dan upaya minda politik Zahid jauh lebih rendah dari mereka itu, adakalanya sekelas dengan siasah Pak Pandir sahaja, tetapi saya meletakkan harapan itu kepadanya. Biarlah dia melengkapkan dirinya dengan “profesionalisme” ketika dia menjadi PM kelak.
Biarlah kalau Zahid tidak mempunyai pengetahuan politik, pentadbrian, diplomatik bertaraf antarabangsa, atau pun rangkaian seluas mereka itu, tetapi Zahid ada nilai dan darjah lain pada dirinya untuk mengatasi kekurangan itu. Beliau tidak ada landasan ilmu dan pernah terlibat dalam medan perjuangan untuk membentuk dirinya menjadi pemimpin seperti mana Musa Hitam atau Anwar Ibrahim. Beliau tidak menyertai gerakan sosial bertaraf dunia, tetapi dia ada aset lain yang menarik.
Beliau mempunyai pendidikan ilmu agama yang agak kemas kerana pengajiannya dalam bidang Islam. Sebagai anak orang kampung mengambil berat kepada masalah agama, akhlak dan tahu serba sedikit hukum beliau dibentuk dalam lingkungan itu. Dia arif mengenai bau selut dan hamis seludang pinang dan sawit yang mereput. Inilah nilai diri yang ada kepadanya diharap dapat dipergunakan menjadi perisai untuk menghiasi dirinya bila
Demikianlah Artikel APAKAH MELAYU HAPRAK ITU ZAHID HAMIDI?
Sekianlah artikel APAKAH MELAYU HAPRAK ITU ZAHID HAMIDI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APAKAH MELAYU HAPRAK ITU ZAHID HAMIDI? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/apakah-melayu-haprak-itu-zahid-hamidi.html
jadi pemimpin nombor satu agar tidak lupa dunia.
Kerana latar belakang pendidikan itu Islam, bukan Barat seperti PM sebelum ini, beliau banyak mengetahui istilah-istilah Arab, tahu menyebut dua tiga patah perkataan dalam bahasa Arab, termalogi Islam dan tahu memetik sepatah dua hadith-hadith Nabi yang sering diajar di Taksi dan Pasti. Kebolehan dan kepetahannya ini jauh dibandingkan dengan orang lain termasuk juga Najib Razak. Bahkan saya mendapat tahu di zaman pemuda Umno dahulu semasa Zahid mendamping Najib dalam gerakan itu kesilapan sebutan al Fatihah Najib dibetulkan olehnya.
Itulah kelebihan yang ada kepada si Zahid, walaupun belum nampak jelas apakah idealisme Islam yang hendak dibangukan dalam pentadbiran negara menerusi kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri kini. Apa yang berlaku kini beliau hanya meretorikkan Islam tetapi tidak mengamalkannya. Falsafah Islam yang syumul belum dikuasai sepenuh dan semantapnya. Kita tidak menemui apa-apa penulisan mengenai falsafah kepimpinan Islam olehnya untuk dijadikan acuan atau pun panduan umum.
Pun begitu kerana latar belakang agama itu menyebabkan orang seperti saya dan mereka yang mudah terpasung dengan perwatakan dan keperiabdian Islam, tertarik kepadanya. Kita berharap Islam akan menyubur dalam praktikalnya seiringan dengan kedudukkannya, dan akhirnya dia akan melaksanakan apa yang menjadi impian semua itu.
Saya pernah menegaskan hujah saya, kenapa saya mahu Zahid berbanding dengan Hishamuddin Hussein. Sebabnya ialah kerana Zahid orang bawahan, berbanding Hishmuddin sebagai orang ada-ada. Golongan marhaen kalau dia jadi pemimpin, lebih memahami masalah rakyat di bawah. Hanya jauhari mengenali maknikam.
Berbeza dengan orang ada-ada, bangsawan dia tidak memahami keperitan hidup orang bawah. Kesusahan rakyat dia tahu melalui pembcaaan dan menonton filerm dokumentari sahaja, atau mendengar cerita-cerita ringkas semasa melawat orang sakit di hujung kampung sewaktu pilihan raya. Tetapi mereka tidak alami dan meniduri sendiri kesusahan itu. Jadi pedih dan sakitnya tidak sampai ke tulang hitam.
Situasi itu sangat berbeza sekali, di antara penderitaan rakyat yang dibaca oleh Najib Razak atau Hishmuddin dalam buku-buku atau novel dengan apa dialami oleh Lahuma dan Jeha dalam vovel Rantau Panjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Lahuma mengalami sendiri penderitaan dan kemelaratan hidup sebagai petani, berjuang membangunkan sawah, melawan ketam, burung ciak, tertikam duri dan onak nibung dan sebaganinya kerana ingin membesarkan anak-anak.
Betapa dhaifnya kehidupan Jeha sebagai seorang petani. Kesusahan dan kemelaratanya tidak pernah dirasai Najib dan Hishamuddin. Dia tidak tahu sepanjang hidup Jeha tidak pernah memakai seutas atau sebesar janggut undang pun gelang tangan dan kaki, tidak seperti Rosmah Mansor yang memiliki beg tangan bernilai jutaan ringgit dan juga dituduh memiliki berlian berwarna merah jambu bernilai RM128 juta.
Read More / Baca Lagi >>