Judul : BUKTIKAN DAHULU TINDAKAN LHDN TIDAK BERMOTIF POLITIK, BUKAN MENCABAR ORANG LAIN MEMBUKTIKANNYA
link : BUKTIKAN DAHULU TINDAKAN LHDN TIDAK BERMOTIF POLITIK, BUKAN MENCABAR ORANG LAIN MEMBUKTIKANNYA
BUKTIKAN DAHULU TINDAKAN LHDN TIDAK BERMOTIF POLITIK, BUKAN MENCABAR ORANG LAIN MEMBUKTIKANNYA
Kata Menteri Kewangan Kedua, siasatan dan serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN terhadap tiga anak Tun Mahathir Mohamad tidak sesekali bermotif politik.
"LHDN adalah agensi bebas dan bebas daripada pengaruh politik. Ia menyiasat semua orang.
"Selagi mereka mempunyai maklumat, mereka bebas menjalankan siasatan. Tiada siapa boleh mengarah LHDN, jika seseorang itu tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka perlu risau," tambahnya lagi.
Serentak dengan itu, Johari juga mencabar mereka yang menuduh LHDN mengambil tindakan kerana faktor politik agar membuktikan dakwaan tersebut.
Macam bagus je kenyataan Johari ini yang pada pilihanraya 2013 lalu hanya menang dengan majoriti 866 undi di Titiwangsa.
Benarkah LHDN tidak dipengaruhi unsur politik dan tiada sesiapa boleh mengarah
Demikianlah Artikel BUKTIKAN DAHULU TINDAKAN LHDN TIDAK BERMOTIF POLITIK, BUKAN MENCABAR ORANG LAIN MEMBUKTIKANNYA
Sekianlah artikel BUKTIKAN DAHULU TINDAKAN LHDN TIDAK BERMOTIF POLITIK, BUKAN MENCABAR ORANG LAIN MEMBUKTIKANNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUKTIKAN DAHULU TINDAKAN LHDN TIDAK BERMOTIF POLITIK, BUKAN MENCABAR ORANG LAIN MEMBUKTIKANNYA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/buktikan-dahulu-tindakan-lhdn-tidak.html
mereka?
Jika begitu, mengapa hanya setelah Tun Mahathir menjadi musuh politik kepada Najib Razak dan bersama Pakatan Harapan, baru LHDN menjalankan siasatan serta serbuan terhadap anak-anaknya?
Kenapa tidak sebelum ini lagi dijalankan siasatan?
Selain itu, tindakan Johari mencabar pihak lain menunjukkan bukti jika tindakan terhadap anak-anak Tun Mahathir itu berunsur politik, jelas kelihatan kelakar dan hanya membuatkan ramai orang ketawa mendengarnya.
Untuk membuktikan tindakan LHDN tidak berunsur politik bukanlah dengan mencabar orang lain menunjukkan bukti-buktinya, tetapi yang lebih afdal ialah LDHN itu sendiri perlu membuktikannya berdasarkan tindakan mereka.
Jika anak-anak Tun Mahathir boleh disiasat dan diserbu secara serentak, LHDN juga sepatutnya bertindak terhadap semua anak-anak bekas Perdana Menteri, daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sehinggalah Tun Abdullah Badawi dan kepada anak-anak Najib yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>