POLITIK ekstrem, ganas dan keras seharusnya tidak boleh dibiarkan berkembang kerana ia bukan sahaja memberi keburukan kepada negara malah boleh mencetuskan konflik yang dahsyat dalam kalangan rakyat.
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, sebagai negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, setiap parti politik perlu meraikan pendapat dan pandangan orang lain walaupun berlainan ideologi politik.
“Kita tidak seharusnya mengizinkan politik ganas, ekstrem dan keras tumbuh dan berkembang di negara ini kerana jika kita biarkan, bukan sahaja tercetus konflik dahsyat dalam kalangan parti politik, tetapi juga penyokong serta rakyat di negara ini.
“Pemimpin yang bertanggungjawab harus mengekalkan pendekatan politik yang sesuai dengan tuntutan demokrasi, bukannya dengan politik ganas, ekstrem dan keras,” katanya.
Penganalisis politik itu berkata, dalam