LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir

LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir
link : LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir

Baca juga


LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir

Lakukan lebih banyak serbuan - itu kata Tun Dr Mahathir mengulas tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat syarikat anaknya kelmarin.
Kata bekas perdana menteri itu, pihak berkuasa seperti LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan membuat siasatan.
"Saya fikir kita patut adakan serbuan lebih kerap kerana kita juga perlu serbu (Datuk Seri) Najib (Razak), keluarganya, isterinya, anak lelakinya, anak tirinya - semua mereka perlu diserbu.
"Seluruh dunia menyebut tentang Najib tapi (di sini) tak ada serbuan," katanya kepada wartawan dalam sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Harapan di parlimen hari ini.
Bekas perdana menteri itu diminta media mengulas mengenai serbuah agensi kerajaan terhadap syarikat anaknya sejak beberapa hari lalu.
Tindakan itu - walaupun perkara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini - didakwa mempunyai motif tertentu kerana status Dr Mahathir sebagai seorang daripada pemimpin utama pembangkang.
Ia juga dipertikaikan kerana dibuat beberapa hari selepas pemimpin kerajaan menggesa pihak berkuasa menyiasat kekayaan keluarga Dr Mahathir.Antara syarikat yang disasarkan LHDN setakat ini ialah


Demikianlah Artikel LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir

Sekianlah artikel LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/lhdn-serbulah-lebih-kerap-kata-mahathir.html
Crescent Capital Sdn Bhd yang diketuai Mirzan Mahathir.

Jurucakap syarikat itu mendakwa ada antara lapan hingga 10 orang menyerbu pejabat mereka dan beberapa fail diambil pada Selasa lalu.
Opcom Holdings Bhd yang diasaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut tidak terlepas daripada siasatan.
Syarikat gentian optik itu diketuai adik Mukhriz, Datuk Mokhzani.
Sumber yang rapat dengan kem Mahathir pula memberitahu Malaysiakini semalam, Kencana Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang dimiliki oleh Mokhzani, turut diserbu pada Selasa lalu.
Bagaimana Malaysiakini tidak dapat mengesahkan maklumat itu secara bebas.
Guna nama orang lain
Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata rakyat patut tahu lebih banyak maklumat mengenai kekayaan sesetengah menteri.
Katanya, beliau sendiri pernah menyatakan maklumat mengenai harta didakwanya dimiliki Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Sekarang, katanya, salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menyarankan pihak berkuasa menyiasat beliau.
"Jadi saya cadangkan kita juga patut serbu Hishammuddin, kerana kita tahu gaya hidup orang seperti mereka perlu diteliti.
"(Serbuan) juga perlu diperluaskan kepada adik-beradik tokoh itu sebab kadang-kadang mereka menggunakan nama mereka," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :