Judul : MAMPUKAH SUKAN SEA MEWUJUDKAN "FEEL GOOD FACTOR" UNTUK MEMBANTU NAJIB MENANG PILIHANRAYA?
link : MAMPUKAH SUKAN SEA MEWUJUDKAN "FEEL GOOD FACTOR" UNTUK MEMBANTU NAJIB MENANG PILIHANRAYA?
MAMPUKAH SUKAN SEA MEWUJUDKAN "FEEL GOOD FACTOR" UNTUK MEMBANTU NAJIB MENANG PILIHANRAYA?
Sukan SEA ke 29 di Malaysia kali ini dilihat amat penting untuk memberi sedikit sinar tambahan kepada Najib Razak untuk memenangi PRU 14 yang akan menentukan hidup matinya sebagai Perdana Menteri paling dipertikaikan kewibawaannya oleh rakyat.
Motto "Bangkit Bersama" yang dipilih bukan saja menjurus ke arah merangsang atlit untuk memenangi pingat sebagaimana jumlah yang disasarkan, tetapi juga seperti mempunyai maksud tersirat untuk mengajak rakyat meneruskan kejayaan dan perpaduan dengan mengekalkan kerajaan yang ada terus berkuasa.
Lantaran itu, kejayaan negara dalam Sukan SEA kali ini dilihat mustahak untuk mewujudkan "feel good factor" yang akan membantu UMNO dan BN terus mengekalkan kuasanya.
Bagi tujuan tersebut, sasaran pingat emas yang ditetapkan kali ini ialah 111 iaitu bertepatan dengan nombor kegemaran Najib sendiri. Walaupun Tun Abdullah Badawi, bapa mertua Khairy Jamaluddin yang semua orang tahu nombor kegemarannya adalah 13, namun KJ dilihat lebih mengutamakan angka 11 yang merupakan angka pilihan bapa politiknya ketika ini.
Sehingga pagi ini, jumlah pingat keseluruhan yang dimenangi Malaysia ialah 37 dan kekal mendahului negara-negara lain di tempat pertama dari segi kutipannya.
Berdasarkan kedudukan Malaysia sebagai tuan rumah, biasanya suatu kelebihan bagi negara untuk
Demikianlah Artikel MAMPUKAH SUKAN SEA MEWUJUDKAN "FEEL GOOD FACTOR" UNTUK MEMBANTU NAJIB MENANG PILIHANRAYA?
Sekianlah artikel MAMPUKAH SUKAN SEA MEWUJUDKAN "FEEL GOOD FACTOR" UNTUK MEMBANTU NAJIB MENANG PILIHANRAYA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MAMPUKAH SUKAN SEA MEWUJUDKAN "FEEL GOOD FACTOR" UNTUK MEMBANTU NAJIB MENANG PILIHANRAYA? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/mampukah-sukan-sea-mewujudkan-feel-good.html
meraih lebih pingat dalam acara-acara yang pemarkahannya dibuat secara subjektif. Maka, sasaran 111 atau lebih pingat itu bukanlah mustahil untuk dicapai dalam acara kali ini.
Jika sasaran 111 pingat atau lebih itu akhirnya dapat dicapai, selain kesungguhan atlit, sokongan rakyat dan peranan kerajaan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakannya, kaitannya dengan angka tuah Najib sudah pasti akan turut didendangkan sama ke sana sini.
Seolah-olah gambarannya Najib turut ada saham dan peranan dan mencetuskan "feel goof factor" tersebut melalui angka kegemarannya yang dipilih sebagai sasaran kemenangan.
Tambah meriah nanti ialah kerana majlis penutup Sukan SEA akan diadakan sehari sebelum sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos. Dengan kejayaan penganjuran yang gilang-gemilang, pungutan pingat sebagaimana disasarkan, tuah angka 111 yang dikaitkan dengan Najib serta diiringi dengan sambutan kemerdekaan pada esok harinya, "feel good faktor" itu tentu akan dilihat sebagai kelebihan bagi UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya.
Dilihat tambah memberi kelebihan jika Najib mengadakan pilihanraya sekitar November atau Disember iaitu selepas beliau membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober dan pada awal November pula, RCI forex yang sebelumnya diberi tempoh tiga bulan untuk menjalankan inkuiri sudah siap dengan laporannya.
Read More / Baca Lagi >>