Judul : MENUDUH BERSATU MENCETUS KEKACAUAN MEMBUKTIKAN DUNIA SEMAKIN SEMPIT UNTUK UMNO
link : MENUDUH BERSATU MENCETUS KEKACAUAN MEMBUKTIKAN DUNIA SEMAKIN SEMPIT UNTUK UMNO
MENUDUH BERSATU MENCETUS KEKACAUAN MEMBUKTIKAN DUNIA SEMAKIN SEMPIT UNTUK UMNO
Hakikatnya, program tersebut mendapat sambutan luar biasa dengan penonton penuh mengisi setiap ruang Dewan Raja Muda Musa, malah pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan juga turut sama menghadirinya.
Lainlah jika program itu tidak mendapat sambutan dan banyak kerusi kosong, barangkali ada munasabahnya juga untuk Bersatu melakukan sabotaj sendiri sebagai helah menutup kegagalan mereka.
Namun, dengan sambutan sebegitu meriah, bahkan seperti selalunya, jawapan dan penjelasan Tun Mahathir Mohamad adalah dengan caranya yang biasa, tidak ada mereka yang berfikiran terbuka dan bebas merdeka, berasa tidak puas hati dengan cara dan hujah penyampaiannya.
Lantaran itu, melakukan sabotaj sendiri adalah lebih merugikan dan memperbodohkan diri sendiri.
Yang tidak puas hati dan merasakan jawapan Tun Mahathir tidak memuaskan hati hanyalah ahli dan penyokong totok UMNO
Demikianlah Artikel MENUDUH BERSATU MENCETUS KEKACAUAN MEMBUKTIKAN DUNIA SEMAKIN SEMPIT UNTUK UMNO
Sekianlah artikel MENUDUH BERSATU MENCETUS KEKACAUAN MEMBUKTIKAN DUNIA SEMAKIN SEMPIT UNTUK UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MENUDUH BERSATU MENCETUS KEKACAUAN MEMBUKTIKAN DUNIA SEMAKIN SEMPIT UNTUK UMNO dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/menuduh-bersatu-mencetus-kekacauan.html
saja kerana memang diupah dan diarahkan datang ke majlis itu. Mereka datang bukan untuk mendengar dan mencari kebenaran, tetapi ada tujuan lain.
Mereka, yang tidak banyak pengalaman dalam kehidupan, jauh sekali pernah memimpin kerajaan dengan cemerlang selama 22 tahun, tentu saja seperti tercabar dengan jawapan dan penjelasan Tun Mahathir yang akhirnya terbalik kepada mereka sendiri.
Tetapi, jika mereka sedar, mahu berfikir dan membuka minda seketika, jawapan dan penjelasan Tun Mahathir, dalam apa juga perkara, adalah jauh lebih baik dan memuaskan hati berbanding stail dan gaya Najib Razak memberikan penjelasan.
Lihatlah gaya Najib bercakap kepada peneroka Felda sehingga terpacuk perkataan "haramjadah" daripada mulut bangsawannya. Begitu jua ketika menegur blogger pro UMNO yang suka berbalah sesama sendiri, dengan santai saja dituduhnya "bangang" mereka itu.
Adakah Tun Mahathir pernah menjadi tidak sopan seperti itu?
Maka, dakwaan oleh beberapa pemimpin UMNO dan pegawai media Najib sendiri yang menyalahkan penganjur dan Bersatu dalam kekecohan yang tercetus, bukan saja jauh daripada fakta kebenaran, bahkan menunjukkan mereka sedang panik untuk menghadapi masa depan.
Read More / Baca Lagi >>