Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN

Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN
link : Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN

Baca juga


Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN

Pengarah Merdeka Center berkata walaupun pembangkang meningkatkan kunjungan ke Felda tetapi mereka kekurangan pemimpin yang meyakinkan dan mesej yang jelas.
ibrahim-sufian-felda-bn-bendera-1Walaupun Felda dan anak syarikatnya terpalit kontroversi 3 bulan kebelakangan ini dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, Barisan Nasional (BN) akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata penganalis politik.
Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata walaupun laporan mengatakan warga Felda mula hilang kepercayaan pada BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, BN masih ada kelebihan yang jelas.
“Walaupun pembangkang meningkatkan kunjungan ke penempatan Felda, peluang untuk mereka menang terhad kerana mereka kekurangan pemimpin yang meyakinkan dan mesej yang jelas,” kata Ibrahim memetik Asean Today.
Daripada 222 kerusi parlimen, terdapat 54 kerusi di mana majoriti pengundinya adalah peneroka Felda. Pada PRU 2013, BN hanya kalah 6 daripada 54 kerusi, menekankan peranan mereka sebagai “deposit tetap” kerajaan yang memerintah.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat 96 kerusi di kawasan di mana kebanyakan penduduknya peneroka Felda.
ADUN Kuala Sentul, Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin percaya walaupun Najib cuba “menenangkan” isu itu, “ia belum reda


Demikianlah Artikel Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN

Sekianlah artikel Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/merdeka-center-walaupun-terpalit.html
sepenuhnya” dan peneroka Felda masih tidak berpuas hati dengan pengurusan tersebut.
Shahaniza yang juga timbalan ketua Umno Maran memberitahu Asean Today bahawa pengundinya masih berpendapat BN boleh bantu menyelesaikan isu Felda.
“Dengan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kami berharap penyelesaian untuk masalah Felda Global Ventures (FGV),” katanya.
Isu salah pengurusan, salah guna kuasa dan rasuah dalam Felda dan anak syarikatnya termasuk FGV dan Felda Investment Corporation (FIC) menjadi tumpuan sejak Jun.
Pada 6 Jun, FGV menjadi berita hangat apabila 4 eksekutifnya termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti sementara menunggu penyiasatan dalaman melibatkan bayaran lewat daripada syarikat Afghanistan di Dubai, Safitex Trading kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.
Pada 8 Jun, SPRM merampas dokumen di ibu pejabat FGV sehari selepas perjumpaan dengan Zakaria di pejabat SPRM.
Akhir bulan lalu, Tan Sri Isa Samad meletak jawatan sebagai pengerusi FGV. Kemudian, pada 15 Ogos, beliau ditahan oleh SPRM untuk memberi kenyataan berkenaan penyiasatan pembelian hotel di London oleh FIC pada 2014.
Isa direman 5 hari dan dibebaskan daripada tahanan semalam. Isa ialah pengerusi Felda ketika hotel itu dibeli dan sehingga tempoh jawatannya berakhir tahun lepas.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :