Judul : Nothing to Hide 2.0: Sasaran penyerang mungkin kerusi ‘kosong’ Najib, gurau Dr Mahathir
link : Nothing to Hide 2.0: Sasaran penyerang mungkin kerusi ‘kosong’ Najib, gurau Dr Mahathir
Nothing to Hide 2.0: Sasaran penyerang mungkin kerusi ‘kosong’ Najib, gurau Dr Mahathir
Bekas perdana menteri itu sempat bergurau mengenai kecekapan sasaran penyerang.
Dalam temu bual dengan FMT di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam, ahli politik berusia 92 tahun itu menceritakan kembali kejadian Ahad lalu dari sudut pandangnya.
“Saya sedang berdiri ketika itu menjawab soalan tentang Memali apabila mereka mula melontar kerusi dan botol.
“Tetapi peliknya, mereka bukan melontar ke arah saya, mereka melontar objek ke sebelah kanan saya, iaitu kerusi kosong untuk Najib,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan jemputan ke program tersebut, tetapi tidak hadir.
“Mungkin sasaran mereka tidak jitu, mungkin mereka rabun, tetapi barang
Demikianlah Artikel Nothing to Hide 2.0: Sasaran penyerang mungkin kerusi ‘kosong’ Najib, gurau Dr Mahathir
Sekianlah artikel Nothing to Hide 2.0: Sasaran penyerang mungkin kerusi ‘kosong’ Najib, gurau Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nothing to Hide 2.0: Sasaran penyerang mungkin kerusi ‘kosong’ Najib, gurau Dr Mahathir dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/nothing-to-hide-20-sasaran-penyerang.html
yang dilontar itu tersasar, bukan ke arah saya,” katanya.
Keganasan tercetus sebaik sahaja Dr Mahathir menjawab soalan salah seorang daripada hadirin mengenai penglibatan beliau dalam peristiwa berdarah Kampung Memali di Kedah pada 1985.
Ia disusuli dengan kerusi, kasut dan suar dibaling ke arah pentas, memaksa penganjur membatalkan majlis. Polis setakat ini menangkap 13 orang yang disyaki menimbulkan kekacauan, dan bercadang memanggil penganjur kerana gagal menjamin keselamatan.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata para penyokongnya bimbang akan keselamatan dirinya ketika itu lalu menyerbu ke pentas.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak takut.
“Apa yang nak ditakutkan? Kerusi yang dilontar tidak mengenai saya, botol yang dibaling tidak mengenai saya.
“Semuanya dilontar ke sebelah kanan saya, dan di sebelah kanan saya ialah kerusi kosong.
Read More / Baca Lagi >>