KOTA BHARU - Cita-cita pembangkang mahu menawan negara hanya boleh terlaksana sekiranya pertandingan dua penjuru berlaku dalam PRU14 nanti.
Ketua Angkatan Muda PKR  Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal berkata, kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan jika berlaku pertembungan tiga penjuru pada, kemenangan akan berpihak kepada BN sekali gus menyebabkan kesengsaraan rakyat Malaysia.
Ketua Angkatan Muda PKR Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal "Melihat kepada kajian itu, kami dari PKR  cuba membuka rundingan bersama  Pas untuk memartabatkan Islam dan Melayu di negeri-negeri Pantai timur bagi merealisasikan pertembungan 1 lawan 1, akhirnya kemenangan berpihak kepada barisan pembangkang iaitu Pakatan Harapan dan Pas," katanya dalam satu kenyataan.
Hafidz turut menyeru pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan Pas meredakan tohmahan sesama sendiri dan membuka pintu rundingan untuk pilihan raya akan datang atas prinsip membela