Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan

Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan
link : Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan

Baca juga


Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan

KEGANASAN sama sekali tidak boleh diterima, kata pemimpin badan masyarakat dalam reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyalahkan “jawapan tidak memuaskan hati” Dr Mahathir Mohamad  sebgaai punca kekecohan semasa forum Nothing To Hide 2.0 pada Ahad.
Pengarah Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme  (C4) Cynthia Gabriel menyifatkan kenyataan Hadi sebagai “kurang sopan” manakala Presiden Hakam Ambiga Sreenevasan berkata keganasan itu reaksi yang “tidak setimpal”.
Hadi hari ini berkata forum “Nothing to Hide 2.0” pada Ahad bertukar kecoh kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan isu Memali yang membunuh seorang pemimpin PAS, tidak memuaskan. Hadi juga memuji individu yang mengemukakan soalan itu.
Ambiga bagaimanapun mempersoalkan logik kenyataan Hadi dengan mengatakan beliau tidak hadir pun dalam forum berkenaan.
“Pertama, agak janggal untuk Hadi membuat kenyataan seperti itu kerana beliau tidak ada di situ melihat apa punca kekecohan.
“Keduanya, dalam apa juga keadaan adakah mana-mana pemimpin akan merestui keganasan. Bertindak ganas kerana jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati adalah satu reaksi yang sangat tidak setimpal. Adakah Hadi hendak


Demikianlah Artikel Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan

Sekianlah artikel Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/perbezaan-pandangan-tidak-halalkan.html
mengatakan keganasan seperti ini boleh diterima?”
“Saya kira beliau cuba mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan.”
Cynthia sementara itu mempertahankan hak untuk berbeza pandangan.
“(Hadi) tidak dapat menerima bahawa pandangan dan pendapat yang berbeza sepatutnya digalakkan dalam masyarakat. Biar apapun, keganasan tidak boleh dibenarkan! Tidak boleh sama sekali!” katanya.
Anggota G25 Tawfik Islam dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas menyatakan sebarang bentuk keganasan tidak boleh diterima. 
“Tidak boleh terima sebarang bentuk keganasan,” katanya.
Forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Bersatu sepatutnya mempertemukan Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak untuk berdebat mengenai isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad. Najib tidak hadir dan berada di Melaka merasmikan mesyuarat bahagian Umno di Melaka.
Forum itu sempat berlangsung selama sejam sebelum bertukar kecoh selepas individu yang tidak dikenali membaling kasut ke arah pentas tempat Dr Mahathir berucap. Mahathir ketika itu sedang menjawab soalan mengenai peristiwa Memali.
Peristiwa berdarah itu berlaku semasa Dr Mahathir jadi perdana menteri dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah PAS apabila kehilangan seorang pemimpinnya Ibrahim Mahmud yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
Allahyarham bersama 400 pengikutnya dikepung oleh 200 anggota polis di Kampung Memali di Baling, Kedah pada 19 November 1985. Ibrahim dan 13 pengikutnya serta empat anggota polis terbunuh.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :